Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kesan Buruk Banjir Kepada Sektor Pelancongan Malaysia

Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan bencana banjir terburuk sejak melebihi sekitar 25 tahun apabila kawasan perumahan di Taman Sri Muda Shah Alam, perumahan dan perkampungan di Hulu Langat Selangor, serta beberapa kawasan di Karak dilanda air banjir yang sangat dalam. Kesan Buruk Banjir Kepada Sektor Pelancongan Malaysia, pastinya akan memberi impak negatif kepada pelancong dalam dan luar negara terhadap kawasan-kawasan ini di masa-masa akan datang.

Sudah pasti jika selepas ini, sesiapa sahaja yang bercadang untuk bercuti di kawasan ini akan cuba mengelak jika ia dalam keadaan cuaca hujan. Semua orang pasti akan takut jika kejadian sama akan berulang, dan mungkin akan lebih buruk berbanding sebelum ini jika tidak diuruskan sebaiknya.

Baca : Banjir Buruk Di Kelantan Tahun 2014

Kesan Buruk Banjir Kepada Sektor Pelancongan Malaysia

 


Kesan Buruk Banjir Kepada Sektor Pelancongan Malaysia

kesan-banjir-shah-alan-18-disember-01 copy

kesan-banjir-shah-alan-18-disember-02

Keadaan banjir di sekitar Shah Alam pada 18 – 19 Disember 2021

Melihat kepada keadaan air yang dalam sehingga menenggelamkan hampir 3 meter, kawasan di Tama Sri Mudah Shah Alama antara lokasi yang paling teruk dilanda bencana ini. Ribuan mangsa hilang tempat tinggal, hilang harta benda, kerosakan kenderaan dan ada juga yang meninggal akibat bencana alam ini.

Ramai penduduk tidak menyangka air banjir kali ini naik dengan begitu cepat, hinggakan mereka tidak sempat untuk berbuat apa-apa selain dari menyelamatkan diri.
 

banjir-hulu-langat-18-disember

Keadaan banjir di sekitar Hulu Langat Selangor pada 18 – 19 Disember 2021

Hulu Langat juga antara lokasi paling teruk terkesan dengan arus air banjir kali ini. Banyak rumah runtuh, malah ada yang terus hilang dibawa oleh air banjir, meninggalkan tapak sahaja. Ratusan kenderaan rosak teruk dibawa air dan tenggelam dalam lumpur.

Kalau dahulu, kawasan sungai di Hulu Langat antara lokasi percutian santai hujung minggu, kini sungai di kawasan ini akan mengambil masa agak lama untuk kembali cantik selepas dirosakkan oleh arus dera ketika banjir Disember yang lalu.

kesan-banjir-balak-18-disember-01

kesan-banjir-balak-18-disember-02

Keadaan banjir di sekitar Karak, Pahang pada 18 – 19 Disember 2021

Lain pula di Karak, yang mana paling ketara air hujan dan air banjir yang mengalir membawa sekali pokok-pokok dan mengejutkan ada batang-batang balak dibawa bersama. Kesan dari bencana kali ini memang sangat buruk dan memusnahkan banyak laluan sungai.

Kredit Gambar : Berita Harian & Internet

Kali ini, puluhan ribua rakyat terkesan dengan bencana ini. Bukan sahaja rumah, kenderaan dan harta benda yang rosak, pastinya infrastruktur juga akan turut rosak dan perlu dibaiki untuk keselamatan bersama.

Ia pasti akan mengambil masa yang agak lama dan akan membantutkan aktiviti pelancongan di kawasan yang terkesan.

Semoga semua mangsa tabah dalam ujian ini dan semua akan diperbaiki dengan secepat mungkin untuk keselesaan bersama.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.