Tsunami di Jepun, selepas seminggu…
|Sudah seminggu dunia dikejutkan dgn gegaran gempa bumi dan seterusnya Tsunami hebat yg melanda kawasan Miyagi dan yg paling teruk kena adalah Sendai.Aku takder idea camana nak gambar kawasan Miyagi ni pasal tak la penah ke sana.
Blum abis dgn Tsunami, kena pulak ancaman bahaya radiasi nuklear kerana ada beberapa tangki simpanan nuklear ni meletup kerana kesan gegaran dan ketidakstabilan suhu sekitar.Makin teruk keadaan yg melanda Jepun sehingga dikhabarkan lebih teruk dr gempa bumi di Kobe 1995 dan antara gempa bumi terburuk di dunia.
Pun begitu aku rasa aku respek dgn rakyat Jepun ni. Most of them sudah slalu buat latihan (drill) pasal bencana yg akan mereka hadapi. Mereka seakan sentiasa bersedia. Walaupun itu smua bencana dasyat, mereka seakan boleh atasi dgn cara mereka, cara Jepun. Bantuan dari negara luar, kebanyakkannya utk misi menyelamat, ada yg di tolak dgn cara berhemah. Dgn alasan, tidak mahu membahayakan petugas asing kerana kesan Earthquake kali ni sungguh dasyat,,,
Kerosakan harta benda, sistem, sosio ekonomi, dan juga sistem urus tadbir tidak dpt digambarkan lagi. Berbillion USD hilang begitu sajer. Namu tak sampai seminggu mereka sudsh berjaya membawa pulang reserved mereka, untuk membina kembali apa yg hancur, apa yang rosak dan apa yang hilang.Cuba bayangkan kalau bencana itu terjadi di Malaysia? Macamana la kita time tu?