Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Terperangkap 15 Jam Kesesakan Teruk Dari Pantai Timur Menghala KL

Semalam, MrJocko dan family bergerak pulang dari kampung menghala ke Kuala Lumpur. Beza kali ni, kami terpaksa singgah di UMT melawat anak saudara yang tengah belajar kat sana.

Tahun ni memang silap timing rasanya. Dari bandar Pasir Puteh lagi jalan sudah sesak menghala ke Jerteh. Nak cepat, MrJocko ikut laluan kampung, melalui Kampung Raja, seterusnya Permaisuri, Penarik dan Setiu melalui jalan pantai akhirnya sampai di UMT jam 2.30 petang.

Dari UMT bergerak jam 3.00 petang, melalui Lebuhraya Pantai Timur baru ikut jalan masuk Telemung dan perjalanan masih lancar waktu tu sehingga susur keluar Jerangau dan Bukt Besi. Sesak kira-kira 5 kilometer.

Seterusnya keluar melalui jalan lama, Bandar Muktafibillah dan akhirnya terperangkap dalam kesesakan yang panjang, sejauh 50 kilometer.

Jam 8.30 malam baru memasuki susur Tol Jabur dan meneruskan perjalanan sehingga ke susur Temerloh. Sekali lagi kena jem semasa nak isi petrol di RnR.

15 kilometer menghampiri tol susur keluar dari Lebuhraya Pantai Timur, terperangkap lagi dengan kesesakan yang teruk. Adoi… Dah hampir 10 jam drive masih lagi sesak.

Belum habis, keluar sahaja lepas bayar tol di tol terakhir Lebuhraya Pantai Timur, kesesakkan terus sehingga ke Tol Bentong, membawa ke Genting Sempah.

Akhirnya, selepas memandu selama 15 jam, kami selamat sampai di rumah pada jam 3.30 pagi semalam. Penat sesangat. Taubat dah, tak nak lagi terperangkap dengan kesesakkan seperti tu.

Glamorous MrJocko

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.