Site icon Travel Blogger Malaysia

Ketam Butter Milk di Anjung Ketam Di Labuan

AnjungKetam03

Anda suka makan menu Seafood??? Aku dan keluarga memang suka seafood. Wife aku suka seafood. Anak2 aku pun suka seafood. Jadi kalau begitu, Labuan memang tempat terbaik untuk mencuba menu makanan seafood. Dan destinasi kami untuk seafood sewaktu di Labuan adalah Anjung Ketam, Labuan.

Seawal pukul 3.00pm kami sudah sampai di Anjung Ketam. Kami pilih ke Anjung Ketam lama yang terletak di kampung Tanjung Aru. Kata member, dekat sini masih menghidangkan menu-menu terbaik seafood di Labuan.

Enaknya Ketam Butter Milk di Anjung Ketam
Ketam Butter Milk di Anjung Ketam Di Labuan
Fresh dari laut, segar dan bugar… 🙂

 

Masa kami sampai, restoran belum bukak, tapi kami singgah awal kat sana. Bukan apa, pasal nak tau tempat, senang nak singgah balik petang karang. Kebetulan owner restoran tengah bersiap nak buka “business” mereka, kami terus booked jam 6.00pm dan menu masakan skali. Nanti mana tau petang karang penuh.

Dah siap tempah, kami pusing dulu satu pulau, melewati Pantai Panchor Hitam dan kembali ke bandar Labuan. Singgah mandi, kemudian bergerak ke Anjung Ketam untuk makan malam.

 

 

Sampai saje, kami ke meja yang disediakan. Nasib baik sudah ditempah. Tak sampai 5 minit menu kami sudah ready. 🙂

Ini menu terbaik setakat ni. Ketam Masak Butter Milk, paling sedap pernah aku rasa. Dah la ketam tu sedap, kena plak dengan masakan butter yang lemak manis, sungguh menyelerakan. Kalau korang ke sini, mesti cuba menu Ketam Masak Butter Milk.

Pengalaman makan malam menu Seafood di Labuan dan santai dengan family kat sini memang la best. Angin petang memang syiokkk!!! Kena pulak dengan kekenyangan hasil menu-menu terbaik seafood Labuan. Ketam Masak Butter Milk, Sotong Goreng Tepung dan Ikan Merah Bakar Spesel… Yum yummm,,, nanti kami datang lagi…

MrJocko.com

Exit mobile version