Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ketam Nipah Butter Milk Sedap Miss Pah Hot Pot

Dah lama tidak ke Miss Pah Hot Pot di Bucida Courts, Sungai Penchala, Damansara. Jadi hari Jumaat lepas, lepas kerja, MrJocko dan Man Raja Lawak singgah di sini untuk mencuba beberapa lagi menu yan gsedap dan melertz di restoran Miss Pah Hot Pot, Bucida Courts, Sungai Penchala.

Nak cari lokasi Bucida Courts tak payah, anda cuma halakan pemanduan anda ke Porsche Showroom atau Honda Showroom di Sungai Penchala Damansara dan InsyaAllah, anda akan jumpa Bucida Courts berada di tengah-tengah antara kedua showroom kereta mewah ini. Bucida Courts, lokasi food court open air yang agak terkenal di sini.

Tapi yang lebih terkenal ialah masakan Maggi Kari Ketam Nipah, Ketam Nipah Butter Milk, Ketam Eggs Salted, Mee Kari Udang Galah dan banyak lagi, hanya di gerai Miss Pah Hot Pot. Kalau dulu, MrJocko ke sini mencuba menu Maggi Ketam, tetapi kini, semua MrJocko cuba di Miss Pah Hot Pot.

 

ketam butter milk miss pah hot pot 01 ketam butter milk miss pah hot pot 02

 

 

Selain dari Ketam Nipah Butter Milk, hari tu kami cuba juga menu Udang Galah, menu lain yang sedap disyorkan oleh tuan punya kedai sendiri, Miss Pah. Ternyata, menu Mee Kari Udang Galah ini menjadi kesukaan Man Raja Lawak, kerana tak cukup satu mangkuk, tetapi tapi 2 mangkuk menjadi hidangan untuk dia sahaja.

MrJocko dan Wafi masing-masing mencuba Ketam Butter Milk dan juga seekor Burung Putuh Masak Sambal Hijau yang pedas tetapi yummy sedap.

Anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, mesti cuma menu ketam yang sedap ini di Miss Pah Hot Pot. Menu Udang Galah yang sedap juga jangan ditinggalkan kerana ia mempunyai rasa unik dan tak mungkin dapat anda cari di lokasi lain di Kuala Lumpur.

Bila teringat Ketam Nipah dan Udang Galah, sudah pasti lepas ini MrJocko akan ke Miss Pah Hot Pot di Bucida Court Sungai Penchala.

mee kari udang galah bucida 01

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.