Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Keunikkan Sanctuary of Truth Pattaya Thailand

The Sanctuary of Truth Pattaya adalah sebuah bangunan kayu yang betul-betul menakjubkan yang terletak di tepi pantai bahagian utara Pattaya. Ini Keunikkan Sanctuary of Truth Pattaya Thailand. Struktur bangunan ini telah dibina sejak lebih daripada 20 tahun yang lalu dan ia masih dalam pembinaan. Wakil dari Sanctuary ini beritahu, ia mungkin mengambil masa sekitar 15 tahun lagi untuk disiapkan berdasarkan perancangan asal.

Pertama kali melihat bangunan ukiran kayu asli ini, seakan tidak percaya, bangunan yang dibina hasil ukiran tangan ini ada dan kini ia menjadi salah satu dari tarikan utama di Pattaya.

Sanctuary of Truth Pattaya

Bangunan Ukiran Kayu Asli

The Sanctuary of Truth adalah benar-benar diperbuat daripada kayu dan ia adalah hasil ukiran halus yang dilakukan oleh tangan. Sebilangan besar ‘Woodcarvers’ pengukir akan berada di tempat kerja seharian di sini untuk melakukan tugas mengukir senibina unik ini.

Bangunan yang besar adalah lebih daripada 100 meter. The Sanctuary of Truth, yang juga dikenali sebagai Prasat Satchatham atau Prasat Sut Ja-Tum tidak digunakan sebagai sebuah kuil. Ia adalah bangunan biasa yang dibina di kawasan seluas hampir satu ekar di Rachvate Cape menghadap ke laut di Utara Pattaya untuk tujuan minat dan hobi tuan punya.

Baca : Tempat Menarik di Pattaya Thailand Untuk Pelancong

Sanctuary of Truth Pattaya 02 Sanctuary of Truth Pattaya 03 Sanctuary of Truth Pattaya 04 Sanctuary of Truth pattaya

Gaya seni bina di sini adalah diilhamkan oleh ciri-ciri kombinasi kepercayaan Buddha dan kepercayaan Hindu. Setiap satu daripada empat sudut mempunyai menara dengan angka dari Thai, Kemboja, kepercayaan dan legenda India dan Cina. Namun, ada yang berpendapat, ia bukanlah Kuil untuk tujuan keagamaan.

The Sanctuary of Truth dibina berasaskan minat dan impian seorang jutawan Thai bernama Khun Lek Viriyaphant. Beliau sangat berminat untuk memelihara budaya Thai dan sejarah melalui ukiran seni ukiran kayu yang menjadi salah satu kebanggaan masyarakat Thai sebelum ini. Beliau juga sebelum ini telah menghasilkan Muzium Erawan dan bandar Ancient Muang Boran yang terletak di Samut Prakan wilayah berhampiran dengan Bangkok.

Sanctuary of Truth Pattaya 07 Sanctuary of Truth Pattaya 09 Sanctuary of Truth Pattaya 11 Sanctuary of Truth Pattaya 12Sanctuary of Truth Pattaya 13 Sanctuary of Truth Pattaya 15Sanctuary of Truth Pattaya 10

Jika anda seorang yang meminati senibina bangunan klasik dan unik, ini adalah destinasi yang anda wajib lihat di Pattaya. Sanctuary ini akan menyediakan pilihan untuk anda yang sememangnya tahu menilai seni ukiran asli dan kraf tangan kayu yang menjadi skill turun temurun masyarakat Thai.

Ada bayaran masuk untuk ke sini, tetapi ia berpatutan. Di samping melihat bangunan senibina yang unik, anda boleh melihat ketekunan pekerja yang begitu tekun dalam menyiapkan bahagian bahagian bangunan Sanctuary of Truth yang masih dalam pembinaan ini.

Anda mesti teruja dan kagum dengan hasil kerja tangan mereka di Sanctuary of Truth.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.