Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Khairy Jamaludin Di Lantik Sebagai Pengerusi PUNB

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd, PUNB, mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru berkuat kuasa 1 April.

PUNB menjelaskan pelantikan itu dibuat Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu.

Khairy, yang merupakan menantu bekas Perdana Menteri malaysia ke5, Abdullah Ahmad Badawi, juga Ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam. 
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998. 
Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari lalu setelah berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1998. 
Secara peribadi, aku ucap tahniah kepada Khairy, kerana walaupun masih muda, sudah di beri kepercayaan meneraju PUNB. Harap segala yang terbaik ada pada beliau akan memberi kejayaan kepada PUNB. Salah satu sebab lagi, Khairy mungkin boleh di jadikan salah satu idola anak muda melayu berjaya masa ini selepas kejayaan syarikat-syarikat yang di terajui beliau sebelum ini.
Dari sudut lain, samada perlantikan Khairy ada bau-bau kroni atau agenda lain, kita tidak perlu musykilkan. Ini kerana seseorang perlu memegang jawatan tersebut, dan Khairy, mungkin orang yang paling layak setakat ini.
Bagi yang ingin lihat PUNB terus menyokong produk-produk bumiputera lepasan universiti tempatan, sama-sama kita berharap Khairy akan membawa direction PUNB ke arah yang lebih bagus dan betul.
MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.