Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Khalisha and her ear-ring

Ahad kali ni aku kluar umah pagi skit. Instead of beli sarapan depan umah, aku bwk my kids bfast kat Midvalley jer. Lagi pun dah masuk kul 10.00am. Bawak makan Meehoon Goreng Singapura & Kueh Teaw Goreng. Jeli untuk manis mulut & air mineral.
Pastu aku ke MAPEX kat Midvalley Exhibition Mall. Ingatkan ader yg menarik. Langsung tarak. Rata2 harga apartment pun cecah RM160K. Yg lain2 smua atas RM200K. Baru apartment. Yg status umah teres, semi D, bungalow jgn citer la. Masing2 berharga RM300K ke RM1million. Mahal betul… Pasni aku suggest la kat Organizer MAPEX tu, tak yah buat la. Dah la develepor tak sampai 50, pilihan tak banyak…

Dulu2, seingat aku time tahun 2000 hingga 2003 (time aku survey dan beli umah) masa tu bleh dpt lagi tgk umah harga RM60K ke RM100K. Skang, jgn harap. Kalau ader yg harga lingkungan tu bleh la dapat flat kat Kajang, Rawang, Nilai, atau pun sekita Sungai Buloh. Area2 KL jgn harap la…

Memandagkan smua tak best, kami turun cari makanan. Lapar lak. Padahal baru 2 jam kami bfast tadi. Singgah la alas perut skali lagi kat Delifrance. Seafood Platter dia memang best… Nyum, nyum,,,

Hasya yg smakin nakal
Lepas makan, lalu la tepi kedai Poh Kong. Masa tu aku bleh la terkeluar nak tanya Khalisha, nak tindik telinga tak? Comel. Dia angguk. Aik… cam tak caya. Aku tanya skali lagi, betul ke nak tindik. Dia angguk. Ermmm pelik. Hari tu masa Hasya kena tindik, mati2 dia tak nak. Hari ni OK. Trus aku bawak masuk. Aku suh dia pilih mana satu dia nak. Lps dia pilih, trus zasss. Maka berjaya la Khalisha dgn 2 pcs ear-ring. Cantikkk… Khalisha ready for her ear-ring experience
Dah abis tindik, aku ingatkan dia nak nangis. Sib baik OK. Bila di tanya, dia ckp “Sakit sikit jer Daddy”. “Mummy tak nak buat ke? Sakit sikit jer Mummy”. Sambil dia senyum hehehe…

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.