Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Khalisha balik Kelate

Dlm masa 3 tahun ni, aku rasa aku tak penah pisah lama ngan anak2 aku ni. Tadi terpaksa aku gagahkan hati. Lepaskan Khalisha balik ke kampung kat Kelate. Mak aku, Nenek dia rindu sangat nak jumpa. Aku lak, nak balik, dgn keadaan skang, sungguh aku pk 2 – 3 kali. Dgn jauh nyer, dgn kos nya, dgn cuti yg tinggal beberapa hari jer lagi…

Sejak petang, aku tgk Mummy Khalisha dah cam muker sedih. Sayang nak lepaskan anak dia selama seminggu. Mula2 dia ingatkan 3 hari jer. Sabtu, Ahad dan Isnin. Skali adik aku ckp, Sabtu ni balik Kelate, Isnin minggu depan baru dtg KL balik. Huhuhu…

Tadi gi la hantar adik aku Aiey & Khalisha ke KL Sentral naik train. Ambik yg tempat tido. Senang dia nak tido & lepak2. Sambil aku kasi PSP suh dia layan KungFu Panda masa dia boring. Aku risau jugak takut dia buat hal. Skali, masa dlm train aku tgk Khalisha selamba jer, cam suka jer naik train.

Kul 8.30pm train dah nak gerak. Masa tu aku tgk Mummy Khalisha dah sebak… sambil sedu dlm hati… sian Mummy. Alaa… Kiki kan ader…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.