Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kim Yong Market Hatyai Thailand

Tak jauh dari Lee Garden Walking Street ada satu pasar tempatan yang agak terkenal. Kalau kebiasaannya ia menjadi lokasi pasar basah dan makanan harian bagi penduduk tempatan Hatyai. Ia satu Tempat Shopping Kim Yong Market Hatyai Thailand, pasar yang terkenal di Hatyai.

Sepanjang pemerhatian MrJocko di Kim Yong Market Hatyai ini, majoriti peniaga di sini boleh dikatakan orang Thailand dan beragama Islam. Sebab itu, untuk pelancong Muslim, khususnya pelancong dari Malaysia, di sini antara destinasi untuk mencari menu makanan halal yang terbaik.

kim yong market hatyai thailand 03 copy

kim yong market hatyai thailand 09

Tempat Menarik di Hatyai

Bukan itu sahaja, kalau nak cari produk yang Halal Muslim, ia sangat mudah dan ada banyak pilihan.

Masa MrJocko ke sini awal Ramadhan yang lepas, ada banyak menu makanan halal dan juga buah Kurma di jual di Pasar Kim Yong Hatyai ini. Tak kurang juga, menjelang petang ramai peniaga akan berada di sini untuk menjual menu makanan berbuka puasa.

kim yong market hatyai thailand 10

kim yong market hatyai thailand 11
Gerai Bunga di Kim Yong Market Hatyai

kim yong market hatyai thailand 07

Pasar Kim Yong Hatyai ini terletak hanya kira-kira 1km sahaja dari Lee Garden Plaza. Kalau naik Tuk Tuk, hanya sekitar THB2 – THB3 sahaja untuk seorang. Nak lagi cepat, boleh naik ‘Motosikal Sapu’ Tuk Tuk.

kim yong market hatyai thailand 06

kim yong market hatyai thailand 04
Kim Yong Market Hatyai

Apa yang di jual di Kim Yong Market Hatyai?

Kalau anda peminat buah-buahan, makanan street food Thailand dan produk tempatan dari Thailand, pasar ini mungkin pilihan anda. Bukan sahaja ada banyak pilihan yang asli, tetapi ia juga menawarkan harga yang murah, harga yang sangat berbaloi untuk anda bayar.

Untuk pilihan pakaian, aksesori atau berkaitan, ia tidak terlalu menarik bagi pandangan MrJocko. Kawasan Lee Garden Walking Street Hatyai dan juga Greenway Walk Hatyai lebih banyak pilihan pakaian dan aksesori.

Manakala untuk pilihan makanan Halal yang lebih banyak, boleh ke Hatyai Floating Market. Tetapi kalau tak nak pergi jauh, boleh la try makanan halal di Kim Yong Market ini.

Ini antara pilihan untuk pelancong yang tak nak jalan jauh-jauh. Kalau nak pusing sekitar bandar Hatyai, semestinya Hatyai Kim Yong Market pilihan yang boleh anda cuba.

Terima kasih atas pengalaman ini, Tourism Authority of Thailand Bangkok.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.