Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kimseri Restaurant Myeongdong Seoul Halal Malaysia

Satu lagi destinasi makanan halal di Seoul Korea Selatan, anda boleh try singgah makan kat sini, Kimseri Restaurant Myeongdong Seoul Halal Malaysia. Tak jauh dari Pasar Malam Myeongdong dan juga bangunan The North Face Myeongdong, restoran ini menjadi pilihan ramai pelancong Muslim dari Malaysia dan Indonesia.

Ia antara restoran halal popular di Seoul kerana keunikkan menu yang dihidangkan di sini. Tidak seperti restoran lain, menu citarasa Asia Malaysia menjadi hidangan utama di sini bagi memenuhi kerinduan orang Malaysia dan Indonesia. Lokasi restoran yang strategik ditengah bandaraya Seoul dan tempat tumpuan pelancong Muslim.

Baca : Restoran Halal Korea

Kimseri Restaurant Myeongdong Seoul Halal Malaysia

Kimseri Restaurant Myeongdong Seoul

Kali ini Abe Jocko membawa seramai 25 paxs ke sini untuk makan tengahari. Menu kami, buffet Nasi Ayam Masak Merah, Sayur, Popia dan juga Air Sirap. Alhamdulillah, menu hari ini memang berbaloi kami tunggu. Hilang rindu kami dengan Malaysia bila dapat makan menu Melayu di tanah Korea Selatan.

Tambahan pula, ruang makan agak selesa, ruang solat yang agak luas dan ambiance yang sangat tenang di sini.

Restoran Kimseri di Seoul ini sebenarnya satu satunya restoran yang menyediakan banyak menu sajian orang Melayu di tanah Korea Selatan. Mereka menyediakan menu Nasi Gulai Lemak, Ayam Masak Merah, Ayam Buttermilk dan banyak lagi.

Sajian air seperti Teh Tarik dan Sirap Bandung pun ada dijual di sini selain dari menu-menu lain citarasa Korea.
 

Kimseri Restaurant Myeongdong Seoul

Kimseri Restaurant Myeongdong Seoul
 

Bagi anda yang mencari lokasi restoran halal di Seoul ini boleh lihat pautan gambar yang kami kongsikan ini. Atau, boleh terus ke cari Google Maps dan cara ‘Kimseri Restaurant Myeongdong.

Kimseri Restaurant Myeongdong Seoul

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.