Site icon Travel Blogger Malaysia

Kinderdijk Child Safety Roadshow Mom’s Care

IMG_20131017_111045-718407

IMG 20131017 111045 718407

Pagi ini bertempat di East Atrium MidValley berlangsung satu roadshow Kinderdijk Child Safety dengan kerjasama Mom’s Care dan mengetengahkan produk baby seperti katil baby, baby stroller dan baby car seat jenama berkualiti dari Jepun iaitu Aprica dan Draco.
Dalam pelancaran roadshow ini wakil dari Kinderdijk dan Mom’s Care Malaysia  berkongsi pendapat tentang pentingnya ibubapa dalam memastikan keselamatan dan penjagaan bayi dengan betul. Ibubapa harus memastikan bahawa keselamatan dan penjagaan bayi mereka perkara utama kerana memastikan kesihatan dan perkembangan anak-anak mengikut cara yang betul. 
Dalam sesi ini juga wakil dari Mom’s Care Malaysia petua penjagaan bayi, bagaimana cara yang betul memastikan bayi berada dalam keadaan selesa ketika perjalanan di dalam kenderaan, bagaimana memilih stroller bayi yang berkualiti, bagaimana memilih seat bayi dalam kereta untuk keselesaan bayi dan keselamatan mereka.

Sebenarnya, di Mom’s Care Malaysia, ada banyak produk bayi jenama Aprica dan Draco seperti anduh bayi, kereta sorong bayi dan tempat duduk bayi untuk kereta yang memang berkualiti dan memberi keselesaan untuk bayi anda. Produk jenama Aprica dan Draco ini mengutamakan keselamatan bayi dan keselesaan mereka.
Anda pernah dengar pasal kempen Kinderdijk Child Safety Roadshow ini? Kalau belum boleh ke MidValley Megamall di kawasan East Atrium berdekatan dengan Secret Recipe dan dapatkan maklumat tentang produk hebat dari Jepun berjenama Aprica dan Draco.
Exit mobile version