Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kini Ada Kiosk EPF Di RHB Easy Bank Branch Servis Percuma

Rasanya ramai yang dah tahu bahawa ada Kiosk EPF Di RHB Easy sekarang banyak berada di shopping mall dan super market seperti di Tesco dan Hypermarket besar di sekitar Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar. Tak kuran juga mesin kiosk ini di outlet cawangan RHB tertentu.

Lokasi RHB Easy ini semakin hari semakin banyak dan ia memberikan perkhidmatan tambahan seperti penyediaan Kiosk untuk mesin pencetak penyata KWSP yang mana pencarum EPF boleh mendapatkan penyata tahunan dan mengaktifkan kod akaun internet online KWSP di mana-mana adanya Kiosk RHB Bank ini.

Baca : Lokasi PayQuick Go Kiosk

 



 

Ada Kiosk EPF Di RHB Easy Bank Branch Servis Percuma

Mudah kan? Korang boleh dapatkan penyata caruman EPF tahunan secara percuma dengan hanya menggunakan Kad Pengenalan dan Cop Jari korang di kiosk EPF tersebut.  Tidak perlu lagi ke kaunter KWSP atau EPF untuk mendapatkan khidmat cetakan penyata EPF, hanya perlu singgah di outlet RHB Easy yang mempunyai Kiosk berkaitan KWSP.

Kini Ada Kiosk KWSP Di RHB Bank Branch

Kiosk KWSP Di RHB Easy

 

Kiosk dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di RHB Bank yang seperti ini akan lebih memudahkan orang ramai dalam menyemak jumlah atau mencetak transaksi akaun KWSP yang ada dalam akaun EPF mereka.

Bagaimana nak guna semak baki EPF di cawangan RHB Bank? Ia mudah sahaja. Gunakan sahaja kad pengenalan atau IC korang untuk scan di dalam mesin Kiosk ini. Ikut arahan yang ditentukan di skrin mesin teller ini. Setelah semua memenuhi kriteria yang diperlukan, tidak sampai dalam masa 1 minit statement transaksi EPF anda akan dicetak serta merta dan boleh disemak secara bercetak.

Untuk info semua, servis kiosk ini disediakan secara PERCUMA, seperti mesin ATM biasa. Ia merupakan khidmat masyarakat yang disediakan oleh pihak RHB Bank. Terbaik la kalau macam ni. Orang ramai, khususnya pencarum di KWSP akan lebih mudah dan senang nak semak baki caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Kiosk RHB Bank.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.