Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kiosk Semak CCRIS Di Bank Negara BNM LINK

Kiosk Semak CCRIS Di Bank Negara BNM LINK
Kiosk Semak Status CCRIS Di Bank Negara BNM LINK

Ramai yang bertanyakan MrJocko sebelum ini, kat mana boleh check penyata CCRIS dengan mudah. Jawapan MrJocko di Bank Negara, BNM Link ada Kiosk Semak CCRIS.

Kat BNM Link ini korang boleh datang sendiri untuk mendapatkan penyata CCRIS sendiri dan ia adalah servis PERCUMA dari pihak Bank Negara. Mudah jer pun, cuma bawa Kad Pengenalan korang dan boleh pilih samada untuk semak penyata CCRIS secara online di KIOSK semak CCRIS yang di sediakan atau jika ada masalah serta pertanyaan lanjut, boleh terus berjumpa pegawai-pegawai Bank Negara yang bertugas.

Untuk makluman, semakan penyata CCRIS bagi pihak ketiga tidak dibenarkan kerana penyata CCRIS adalah sesuatu yang RAHSIA (Private and Confidential). Pemilik hendaklah datang sendiri ke kaunter BNM Link berdekatan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor, Kota Kinabalu atau Kuching untuk membuat semakan.

Sebaiknya anda datan gsendiri untuk dapatkan status CCRIS anda dan dapatkan nasihat daripada pakar jika berhajat. Jangan berurusan dengan orang tengah untuk mengelakkan sebarang masalah lain.

Perkhidmatan Kiosk Semak CCRIS adalah PERCUMA.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.