Kisah Cinta Di Sebalik Jambatan Gantung Tamparuli Sabah
Sebalik Jambatan Gantung Tamparuli yang terkenal, ramai yang mungkin tidak tahu tentang sejarah dan kisah sedih disebalik pembinaan jambatan ini. Ia seakan menjadi cerita lagenda yang tidak akan luput bagi penduduk Tamparuli khususnya. Kisah Lagenda Solungkai, gadis sunti anak kelahiran Tamparuli. Ini cerita yang MrJocko dapat dari pembacaan di internet tentang sejarah Solungkai dan Jambatan Tamparuli. Kisah Cinta Di Sebalik Jambatan Gantung Tamparuli Sabah
Daripada kisah cinta yang terkenal tentang Jambatan Tamparuli, ia kini menjadi cerita seram tentang jambatan tersebut. Macam-macam cerita tak benar tentang adanya hantu yang menghuni jambatan yang terkenal di Sabah ini.
Baca : Kisah Teaser Nota Kembara MrJocko di Tamparuli
Kisah Cinta Di Sebalik Jambatan Gantung Tamparuli
Cerita ini berkisar pada tahun 1950-an. Waktu itu, waktu pembinaan Jambatan Tamparuli. Solungkoi seorang anak gadis sunti yang cantik dan diminati oleh ramai lelaki di sekitar Tamparuli. Sebab cantiknya Solungkoi, seorang pegawai British bernama Robinson telah jatuh cinta terhadap Solungkoi. Menurut cerita, mereka memang bercinta.
Waktu yang sama, Intang, lelaki tempatan turut menaruh hati terhadap Solungkai. Namun, Solungkoi memilih untuk bersama Robinson.
Waktu yang sama, pembinaan sebuah jambatan penting sedang dibina di Tamparuli. Ia akan menjadi jalan penghubung penting untuk British dan juga rakyat Sabah ketika itu. Tetapi, pembinaan tersebut asyik ditimpa masalah. Sering roboh, rosak di hanyut sungai dan banjir.
Robinson, pegawai yang bertanggungjawab untuk memastikan project tersebut berjalan lancar. Dia mula risau kerana dia mungkin akan gagal dalam menjalankan tugas beliau menyiapkan jambatan tersebut.
Dipendekkan cerita, Robinson menugaskan Intang untuk menyiasat kenapa jambatan itu tidak kukuh dan sentiasa roboh. Intang yang masih pecaya kepada benda-benda ghaib, meminta pertolongan seorang Odu-Odu (Dukun Bomoh).
Akhirnya si Odu memberitahu bahawa bahawa Tombuakar (Hantu Air) marah kerana kawasan pembinaan jambatan itu menganggu kawasan tempat tinggal Tombuakar.
Walaupun sudah berkali ‘Upacara Jamuan Pemujaan’ dilakukan, jambatan masih lagi ada masalah. Nampaknya menurut Odu-Odu, Tombuakar mahukan korban gadis sunti sebagai balasan.
Dipendekkan cerita lagi, oleh sebab dendam Intang kerana cinta ditolak, dia menghasut Robinson untuk mengorbankan Solungkai bagi menyiapkan jambatan tersebut. Akhirnya, demi pangkat dan kedudukan, Robinson bersetuju mengorbankan Solungkai, kekasih hatinya.
Solungkai tertipu dengan keramaian pada malam diikat pada tiang cerucuk jambatan. Akhirnya dia menjadi korban ditanam hidup-hidup di tiang utama jambatan gantung Tamparuli. Tetapi, sebelum Solungkai mati, dia bersumpah bahawa jambatan Tamparuli tidak akan kukuh dan terus roboh selagi darah Robinson tidak tumpah dijambatan itu.
Selepas selesai upacara tersebut, Robinson menyesal dengan tindakannya menanam Solungkoi disalah satu cerucuk jambatan tersebut. Robinson mengukir nama Solungkoi diatas plat besi dan melekatkan plat besi itu dicerucuk Solungkoi ditanam Selepas itu Robinson membunuh diri dengan membiarkan dirinya dilemaskan oleh Tombuakar.
Sebelum ini, MrJocko sendiri tak pernah dengar kisah Solungkai. Ingatkan Jambatan Gantung Tamparuli terkenal dengan binaannya, rupanya terkenal dengan sejarah Lagendanya.
Berada di jambatan ini, memang membuatkan anda rasa sesuatu. Walaupun jambatan ini tidak boleh dilalui oleh motosikal dan kenderaan lain, ia masih lagi menjadi laluan untuk penduduk di Tamparuli.
Kalau datang Sabah, singgah lah di Jambatan Gantung Tamparuli. Nanti boleh dengar kisah asli tentang Solungkai, Robinson, Intang dan juga Tombuakar.
Related Posts
-
Saiz Katil Coach ADNS Dalam Keretapi KTMNo Comments | Oct 17, 2012
-
Mug Kesayangan Aku, PECAHNo Comments | Apr 15, 2012
-
Apa Itu Aplikasi WeChatNo Comments | Nov 28, 2012
-
Final Piala FA English Chelsea vs Liverpool LIVENo Comments | May 5, 2012
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.
Add a Comment
Cancel reply
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
boss…kisah robinson bukan jambatan gantung ni…tapi jambatan kereta tuuuna yang di bawa….jambatan gantung ni pula di bina selepas banjir besar pada tahun 1999 melanda tamparuli…