Kisah Kubur Gantung Jerunai Di Kampung Tellian Mukah Sarawak
Kisah Kubur Gantung Jerunai Di Kampung Tellian Mukah Sarawak sebenarnya sesuatu yang baru buat MrJocko. Kepercayaan masyarakat Melanau dahulu kala ini menjadi satu tinggalan sejarah yang ramai orang Malaysia sendiri tidak tahu tentang kewujudan Jerunai ini. Ia nampak seperti batang pokok, tetapi sebenarnya ia adalah Kubur bagi golongan bangsawan suku kaum Melanau.
Ada kisah yang menyedihkan berkait rapat dengan Jerunai. Ada yang mengatakan, seseorang akan diikat di batang pokok tersebut sehingga mati semata-mata untuk meneman golongan bangsawan tersebut di alam kematian. Mungkin akan ada rasa seram bila mendengar kisah benar ini, dan tak kurang pula anggap ini sebagai dongeng. Tapi, inilah kebenaran yang boleh dijumpai di sini.
Kisah Kubur Gantung Jerunai Mukah Sarawak
Baca : Bot Laju Pekan Dalat di Sarawak
Mengikut yang MrJocko faham, kubur Jerunai ini adalah kubur yang biasanya dikhaskan oleh golongan Raja, Bangsawan dan orang-orang kaya. Ia tempat persemadian mayat golongan ini yang mana menrupakan batang kayu yang di pacak menegak. Ada yang kata, antara kayu yang popular ialah kayu Belian.
Bila si mati golongan bangsawan ini meninggal, mayat mereka akan di tanam di lubang yang telah di tebuk di batang kayu tersebut. Manakala, seorang hambaa abdi atau ‘manusia’ terpilih akan diikat di batang pokok tersebut sehingga mati untuk dijadikan hamba kepada si mati di alam kematian. Kisah ini memang menyedihkan.
Itu antara kisah di sebalik kubur Jerunai di Mukah Sarawak. Ia adalah tradisi yang berlaku ratus tahun dahulu. Kini, ia tidak lagi di amalkan dan masyarakat Melanau sudah jauh berubah menjadi antara suku Kaum terkenal di Sarawak, khususnya Mukah.
Kalau anda nak lihat tinggalan kubur gantung Jerunai ini, boleh la singgah di Kampung Tellian Mukah Sarawak. Di sini ada beberapa tinggalan sejarah kubur Jerunai yang masih boleh dilihat dengan dekat dan jelas. Di sini juga ada banyak lagi tinggalan Kubur Gantung zaman dahulu yang di letakkan di atas tanah bagi mengelakkan bencana banjir.
Ia seakan satu Misteri buat kita, namun ia satu budaya dahulu kala yang diamalkan oleh suku kaum yang ada di Sarawak. Kepercayaan mereka memang berbeza dengan kepercayaan yang ada sekarang seiring dengan kemajuan dan juga pengaruh agama yang ada di sini. Ada ramai masyarakat Melanau beragama Islam dan telah mengamalkan cara hidup Muslim dari turun temurun.
Nak tahu lebih lanjut, boleh singgah di Kampung Tellian Mukah. Ada beberapa homestay yang boleh anda inap, dengan harga serendah RM10 bagi pakej asas dan menikmati cara hidup kampung di sini.
Sanggup anda tidur di homestay yang dikelilingi oleh kubur gantung dan kubur Jerunai??? Nanti cari lagi kisah seram tentang Kisah Kubur Gantung Jerunai Di Kampung Tellian.
Baca : Sarawak Tourism
Related Posts
-
Kamera Yang Sesuai Untuk Travel Bukan Kamera DSLR1 Comment | Feb 18, 2017
-
Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Akan Berakhir Disember 2020No Comments | Dec 13, 2020
-
Temuduga Kemasukkan Rekrut Baru Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)No Comments | Feb 5, 2014
-
Visiting RamziNo Comments | Jan 17, 2007
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.
Add a Comment
Cancel reply
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
banyak juga tempat pelik2 di malaysia ni kan..
betul tu boss,,, kawe pun baru tahu