Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kisah Lagenda Monsopiad di Monsopiad Cultural Village

Sabah terkenal dengan banyak cerita lagenda. Ini Kisah Lagenda Monsopiad di Monsopiad Cultural Village. Ia antara kisah lagenda yang popular dan terkenal di Sabah. Lebih menarik, ia punyai keunikkan tersendiri dan kebanggaan Suku Kaum Kadazan Dusun di Penampang, Sabah.

Lokasi Monsopiad Cultural Village ini dibina dilokasi asal dimana nama Monsopiad diagungkan oleh rakyat dan suku kaumnya. Jadi, kalau ke Penampang, jangan lupa singgah di sini untuk merasai sendiri kehebatan Monsopiad dan 42 Tengkorak kepala yang dipenggalnya.

Baca : Tempat Tempat Popular Di Sabah Borneo

 



 

Kisah Lagenda Monsopiad di Sabah

monsopiad_cultural_village
 

Mengikut lagenda, beberapa abad yang lalu, seorang wanita bernama Kizabon sedang mengandung. Dia tinggal bersama suaminya, Dunggou di sebuah rumah yang sederhana. Di atas bumbung rumah mereka, kebetulan ada seekor burung Bugang membuat sarang dan tinggal di sana sepanjang kehamilan Kizabon ini.

Apabila anak mereka dilahirkan, telur burung Bugang turut menetas. Mereka menamakan anaknya Monsopiad. Memandangkan burung Bugong seperti menjadi keluarga mereka, makan hubungan Monsopiad dengan burung Bugong tersebut turut rapat. Sehinggalah satu hari burung Bugong tersebut besar dan terbang meninggalkan sarang tersebut.

Monsopiad membesar di kampung Kuai, di mana datuknya adalah seorang Ketua Kampung. Kampungnya pulak selalu menjadi huru hara akibat rompakan dari lanun dan penjahat yang bermaharajalela.

Mungkin kerana bakat semulajadi, Monsopiad membesar dengan ilmu peperangan diajar ilmu khas dan dia bertukar menjadi seorang pejuang  dan pahlawan bagi suku kaumnya. ternyata, beliau berjaya mengalahkan ketua perompak, ketua penjahat dan anasir-anasir jahat yang mengganggu kampung dan kawasan sekitar. Bila bertarung dan menang, dia akan membawa balik ‘kepala’ yang telah dipenggal sebagai piala. Kepala musuh beliau digantung di bumbung rumahnya.

Monsopiad seakan ketagih membunuh. Dia semakin alpa dan suka jika dirinya di sanjung sebagai wira dengan sambutan keraian untuk dirinya. Setiap kali menang melawan musuh, beliau telah diberi penghormatan demikian dengan sambutan yang meriah.

Sifat Monsopiad semakin berubah. Bila sudah lama tidak bertarung, dia seakan tidak senang duduk. Dia mula mencabar pahlawan-pahlawan yang beranai ertarung dengan beliau, untuk membuktikan kehebatan beliau.

Dengan sikap berubah, semua penduduk kampung dan kawan-kawannya menjadi takut kepadanya. Oleh sebab tidak mempunyai pilihan, ada beberapa orang kampung merancang untuk menghapuskan Monsopiad. Walaupun dia dihormati, tetapi mereka tidak mempunyai pilihan kerana dia telah perlahan-lahan bertukar menjadi ancaman.

Satu malam seperti yang dirancang, pahlawan-pahlawan yang ada bergerak untuk membunuh Monsopiad yang sedang berehat di rumahnya. Memandangkan terlalu ramai yang datang untuk menyerang Monsopiad, dia telah kehilangan kuasa-Nya dan Monsopiad telah dibunuh selepas itu.

Walaupun itu adalah kejatuhannya, penduduk kampung masih menyanjungi Monsopiad atas segala jasa yang telah dilakukan kepada kampung mereka. Hasil dari kehebatan Monsopiad, beliau mengumpul 42 tengkorak kepala manusia. Sempena memperingati beliau, ada monumen telah dibina dan kampung ini telah ditukar nama sempena nama beliau.

 

Monsopiad Cultural Village Kisah Lagenda Monsopiad di Sabah Kisah Lagenda Monsopiad di Sabah Kisah Lagenda Monsopiad di Sabah Kisah Lagenda Monsopiad di Sabah Monsopiad Cultural Village Monsopiad Cultural Village
 

Anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Monsopiad, memang diwajibkan singgah di sini. Kampung Budaya Monsopiad ini berbaloi untuk anda lawati. Kalau ada masa, anda boleh melihat rumah tradisi suku kaum Kadazan Dusun, rumah Bobohizan (Bomoh), dewan persembahan dan jika anda bernasib baik ada persembahan kebudayaan di sini.

Untuk Makluman, Monsopiad Cultural Village ini masih lagi ditutup untuk orang awam kerana kerja-kerja penambahbaikan dan tambahan. InsyaAllah, ia akan di buka dalam masa yang terdekat.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.