Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kisah Pelabur Emas Yang Rugi

Kalau di ikutkan, tak tau nak cakap apa lagi kepada kawan-kawan MrJocko yang terlalu taksub dengan pelaburan Emas mereka. Memang betul pelaburan adalah salah satu cara kita menambahkan harta atau aset yang kita ada untuk kegunaan masa hadapan. Tetapi, biarlah kita melabur dengan cara yang betul. 
Untuk menjadi pelabur, kita perlukan sedikit ilmu dan info apa itu pelaburan, bagaimana cara melabur, di mana perlu kita melabur dan risiko-risiko pelaburan yang ada. Jika kita terdengar pasal sistem pelaburan yang meragukan, lebih baik waspada. 
Banyak pelaburan emas yang ditawarkan, MrJocko rasa ada juga yang meragukan. Ada sistem yang menawarkan sekitar 5% hingga 10% setiap bulan keuntungan. Wow!!! Betul ker???
Pendapat MrJocko senang sahaja. Kalau betul pelaburan itu memberi pulangan dari 5% hingga 10% setiap bulan, ia bermakna satu pulangan yang cukup bagus. Sedangkan pelaburan ASB, ASN, ASW 2020 dan seumpamanya memberikan pulangan hanya sekitar 8% setiap tahun, bermaksud pelaburan emas yang ditawarkan itu TERLALU BAGUS untuk kita sertai. Bayangkan jika kita melabur RM10,000 dalam pelaburan emas tersebut, kita bakal mendapat RM1,000 setiap bulan (dengan mengambil kira 10% sebulan). Selama setahun, pelabur akan mendapat RM12,000 keuntungan + RM10,000 modal dengan hanya konsep pelaburan ini. Banyak kan. Kalau betul la sistem ini, berduyun-duyun Syarikat di Malaysia akan sertai skim pelaburan emas ini kerana ia adalah untung MUDAH.
Fikir balik kawan-kawan, nak untung cepat bukan senang. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.