Raja Kesayangan Negeri Sembilan Di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar
Kisah Raja Kesayangan Negeri Sembilan Di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar yang menjadi salah satu lokasi destinasi Nota Kembara Bersama MrJocko. Untuk Musim Pertama, ini antara lokasi menarik yang boleh anda singgah jika berkunjung ke Negeri Sembilan. Lokasi Galeri Diraja ini terletak di Taman Tasik Seremban dan memang senang untuk ke sana.
Galeri Diraja Tuanku Ja’afar dibuka secara rasmi oleh Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin. Di dalam galeri ini, banyak menceritakan perjalanan kisah hidup Tuanku Ja’afar sejak dari kecil hinggalah zaman pemerintahan beliau. Semua ini dikongsi bersama rakyat.
Galeri Diraja Raja Kesayangan Tuanku Ja’afar
Selama MrJocko berada di Galeri Diraja ini, MrJocko baru tahu bahawa Tuanku Ja’afar seorang yang sangat aktif dalam sukan. Beliau adalah penyokong pasukan bolasepak Arsenal FC, peminat sukan Golf dan juga semestinya sukan Kriket adalah salah satu kegemaran beliau.
Ramai juga tidak tahu, bahawa Tuanku Ja’afar seorang yang pandai dalam seni lukisan. Di sini, ada beberapa hasil lukisan beliau yang memang cantik, ada dipamerkan di satu sudut tingkat bawah.
Baca : Destinasi Popular di Negeri Sembilan
Selain dari pameran tentang kehidupan Tuanku Ja’afar, ada juga beberapa kemudahan interaktif yang memberi pengalaman menarik buat pengunjung yang gemar mendalami informasi secara digital.
Anda sebagai rakyat Negeri Sembilan, patut singgah di sini untuk mengenali dengan lebih dekat, siapa dia Tuanku Ja’afar yang sebenar. Beliau bukan sahaja Yang DiPertua Negeri Sembilan, malah seorang Agong yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, satu masa dulu.
Bangunan Galeri Diraja Seremban
Info Tentang Galeri DiRaja ini
Ia dibuka setiap hari dari hari Selasa hingga hari Ahad. Pintu akan dibuka pada jam 10.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Galeri Diraja ini ditutup pada hari Isnin dan juga pada Hari Raya Pertama Aidilfitri.
Harga tiket masuk ialah RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak, warga emas dan juga OKU.
Siapa Tuanku Ja’afar?
Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (19 Julai 1922 – 27 Disember 2008) merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-10. Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922, Klang, Selangor dan dibesarkan di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda merupakan putera kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama.
Related Posts
-
Eyriqazz Nak Belanja MakanNo Comments | Mar 8, 2012
-
Pesawat MAS MH370 Ke Beijing Di Khuatiri Terhempas : Updated Masih HilangNo Comments | Mar 8, 2014
-
Baru Beli 2 Ekor Ular Untuk Buat Teman Tidur2 Comments | Mar 28, 2013
-
Sesi membeli JUNKFOOD
No Comments | Mar 27, 2011
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.