Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kisah SEDIH adik Syafia

Alfatihah to adik Syafia Humairah Sahari.
Aku terpanggil nak share pendapat aku tentang kes cam ni. Kisah penderaan kanak2 yg paling sedih penah aku dengar. Di dera berterusan oleh BF Mak kandung sendiri, dan seakan tiada pembelaan datang dari Mak Kandung sendiri.
Ada berita mengatakan adik Syafia dah lama kena sepak terajang, Kena cucuh api rokok dan lain2 lagi. Kemuncak nyawa arwah, di tendang di sepak terajang seperti bola, di hadapan masyarakat yg kita katakan masyarakat penyayang. Pilu plak dgr cerita betapa arwah seperti sudah tiada lagi tempat mengadu kesakitan yg di alami.
Pelaku pulak, seorang lelaki dayus 29 tahun, memang dayus kerana berani ke atas budak 3 tahun. Masih blum di tangkap khabarnya. Smua kerana masalah keluarga, masalah pengaruh dadah dan jugak sifat tidak puas hati yg berterusan.
Cerita sebenar lain kita tentu tidak akan tahu sepenuhnya. Mengapa Mak Kandung arwah boleh tinggalkan arwah sebegitu di jaga oleh BF nya? Kenapa Datuk dan Nenek arwah tidak menjaga arwah, sedangkan Mak Kandung arwah sememangnya ada masalah? Bagaimana pulak cerita Bapa kandung arwah yg meringkok dlm penjara di sebabkan kesalahan jenayah berat.
Malang sungguh nasib arwah. Cuma 3 tahun arwah sempat mengenal dunia dan di perlakukan lebih hina dan di seksa lagi teruk dari binatang. Semoga pelaku yg bertanggung jawab menerima balasan berganda lagi apa yg arwah terima.
Untuk adik Syafia Humairah Sahari, semoga Syurga menjadi tujuan. Amin.
 
4 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.