Site icon Travel Blogger Malaysia

Kisah Sejarah Taman Damai Labuan Tentera Jepun

Ketika mula-mula sampai di Labuan tahun 2011, kami sempat ke Tugu Peringatan Perang Dunia Ke-2 (World War II) yang menyaksikan kubur Tentera Perikatan. Kali ini, baru sempat dengar tentang Kisah Sejarah Taman Damai Labuan Tentera Jepun, salah satu destinasi Sejarah Penting dalam Wilayah Persekutuan Labuan.

Pulau yang terletak diantara Sabah, Brunei dan Sarawak ini rupanya menjadi rebutan ramai Kuasa Besar pada World War II, untuk dijadikan markas dan pusat mereka dalam strategi melawan musuh masing-masing. Di Taman Damai ini, menyaksikan Tentera Jepun secara rasmi meletakkan senjata, mengaku kalah dengan Tentera Amerika dan Tentera Australia.

Baca : MrJocko dan Kisah Sejarah

Kisah Sejarah Taman Damai Labuan Tentera Jepun

Kisah Sejarah Labuan Taman Damai Tentera Jepun 01 copy

Kisah Sejarah Labuan Taman Damai Tentera Jepun 02

Nota Kaki : Kamera dan Lensa untuk trip ini ditaja oleh Lens Library
 

Info Ringkas Tentang Perang Dunia Kedua di Labuan

Pertempuran Labuan merupakan pertempuran yang dilawan antara angkatan bersenjata Pihak Berikat dengan Empayar Jepun di pulau Labuan di Borneo pada bulan June 1945. Ia membentuk bahagian serangan Borneo Utara Australia, dan dimulakan oleh angkatan bersenjata Pihak Berikat sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menawan kawasan Teluk Brunei dan membangunkannya menjadi pangkalan untuk menyokong serangan kelak.

Akhirnya, pada 10 September 1945, Tentera Jepun (37th Japanese Army) mengaku kalah dihadapan Komander 9th Divison, Australian Imperial Forces.

Kisah Sejarah Labuan Taman Damai Tentera Jepun 03

Dahulunya, Labuan pernah runtuh dalam banyak siri peperangan ketika Perang Dunia Kedua. Bangunan, rumah, binaan, musnah akibat bom dan juga kesan perang yang berpanjangan. Kini, setelah hampir 75 tahun, pulau ini semakin pesat dan dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan dan pulau bebas cukai untuk rakyat Malaysia.

Sebagai kisah sejarah Labuan, tapak ini terkenal di Pulau Labuan ini untuk memperingati tentang ‘Penyerahan Jepun’. Di sinilah Jepun secara rasmi menyerahkan keputusan mereka di Labuan kepada pihak berkuasa Australia.

Di lokasi ini, Leftenan Jeneral Masao Baba secara rasmi menyerahkan pedangnya sebagai tanda penyerahan kepada Ketua Jenderal George Wootten semasa upacara tersebut. Upacara ini menandakan berakhirnya Perang Dunia II di Borneo.

Taman ini dibina oleh Jepun bersebelahan dengan Surrender Point kerana mereka menyesali peristiwa yang disebabkan oleh nenek moyang mereka pada masa lalu. Taman ini bertindak sebagai penghormatan untuk menghormati dan menghargai kehidupan yang terlibat dalam Perang Dunia II. Sama seperti namanya, Peace Park menandakan janji antara Malaysia dan Jepun mengenai keamanan dan persahabatan.

Untuk ke sini, hanya beberapa minit dari bandar. Kalau memandu kereta, senang sahaja untuk ke sini. Kalau menggunakan khidmat Grab Car, ia hanya memerlukan sekitar RM8 – RM10 untuk ke sini.

Exit mobile version