Site icon Travel Blogger Malaysia

Kisah Video Awek Couple Seminggu Dan Blog Puteri Awani

Dah lebih seminggu dah MrJocko dengar pasal cerita ‘video awek couple seminggu‘ dan juga ‘kisah blog Puteri Awani’ di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube. Sekejap jer nama Puteri Awani terkenal dengan menenggelamkan nama Bobo yang sebelum ini terkenal dengan Parody lagu Shae – Sayang.

 

 

Kisah Awek Couple Seminggu

 

 

MrJocko pun sempat la menonton YouTube yang diberi nama “Budak Baru Couple Seminggu”, dan rasaanya tak ada apa-apa yang budak ni buat salah. Kenapa MrJocko rasa macam biasa jer??? Mungkinkah kerana pasal seminggu mereka couple???

 

Takda la memalukan sangat video ni, nampak budak, pasal dah memang dia budak. Yang pelik, ramai pulak yang mengutuk, ada yang bagi komen negatif dan kalau ikut tulisan di blog dia PuteriAwaniAhmad.BlogSpot.com memang jelas Puteri Awani ni rasa sedih dan minta orang yang bertanggungjawab tu delete video tersebut. Yang duk komen negatif, kutuk, duk cakap bukan-bukan tu, apa la motif korang???

 

Sabar la Puteri Awani, ini semua dugaan. Jangan lupa rezeki yang baru masuk. Bayangkan masa MrJocko jenguk ke laman blog Puteri Awani tadi ada 220 orang sedang online dan ada lebih 2,200 komen yang diterima di entry terakhir. Itu belum termasuk 17,000 lebih follow Facebook Puteri Awani dan juga ramai yang jadi subsriber. Puteri Awani kini sudah jadi Selebriti.

 

Semoga terus berjaya adik Puteri Awani.

 

Exit mobile version