Kisarazu City Chiba Ada Banyak Daya Tarikan Pelancongan
|Terletak di dalam Chiba Prefecture, Kisarazu City antara bandar yang menjadi pintu masuk dari sebelah Tokyo. Di Kisarazu City Chiba Ada Banyak Daya Tarikan Pelancongan yang boleh anda singgah dan pasti akan memikat hati anda selama bercuti di Chiba.
Kisarazu adalah sebuah bandar yang terletak di Wilayah Chiba, di rantau Kanto di Jepun. Sehingga Februari 2016, bandar itu mempunyai Anggaran penduduk 134,239 dan kepadatan penduduk 966 orang per km². Keseluruhan kawasan adalah 138,95 kilometer persegi.
Baca : Pengalaman Bercuti Di Jepun
Kisarazu City Jepun
Bandar ini seperti bandar lain di Jepun mempunyai 4 musim berbeza setiap tahun termasuk musim Spring, Summer, Autumn dan juga Winter. Setiap musim di Kisarazu City ada pilihan tarikan pelancongan yang boleh anda cuba termasuk aktiviti strawberry picking, cherry blossoms, Shiohigari clam digging, Tanuki Festival, Autumn Foliage, blueberry picking dan banyak lagi.
Untuk anda yang memang kaki shopping, membeli belah juga kemestian kalau ke Kisarazu City di Chiba ini. Antara yang menjadi tarikan untuk membeli-belah di sini ialah Mitsui Outlet Park Kisarazu, AEON Mall Kisarazu juga tidak kuran hebatnya di Umihotaru Parking Area. Kalau di Umihotaru, pemandangan laut dari atas jambatan di sini memang menakjubkan.
Banyak aktiviti yang boleh anda cuba di Kisarazu City di Chiba ini termasuk merasai pengalaman sebagai nelayan dengan pengalaman ‘bottom trawling’ cara nelayan, menangkap ikan menggunakan pukat, memetik sayuran serta aktiviti membuat sushi Jepun yan terkenal.
Baca : 10 Perkara Menarik di Kisarazu City Japan
Jangan risau tentang penginapan kerana ada banyak pilihan hotel yang boleh anda inap, dari harga murah, homestay, dorm, 3 bintang sehingga lah hotel bertaraf 5 bintang. Antara hotel yang terkenal di Kisarazu City ialah Okura Akademia Park Hotel, Ryugujo Hotel Mikazuki, Fujiya Kicho Hotel dan banyak lagi.
Oleh itu, jika anda mencari sesuatu pengalaman yang baru bercuti di Jepun, mengapa tidak cuba untuk singgah di Chiba Prefecture, khususnya lokasi di Kisarazu City.
masak ranum strawberi dalam gambar ni.. tempat pun nampak menenangkan je.
petik buah time sejukkk… best