Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kitty Dan 2 Ekor Anaknya Yang Baru Lahir

Beberapa hari lepas Kitty selamat beranakkan 4 ekor anak kucing. Dari 4 ekor tersebut, seekor lahir cacat dan seekor lagi mati lemas dalam kandungan. Sekarang hanya tinggal dua ekor.
Dua ekor yang dah mati tu berwarna kelabu atau biru kalau dalam istilah kucing. Yang tinggal seekor warna kelabu (biru) dan warna calico. 
Kalau ikut kebiasaannya kalau kucing warna calico adalah kucing betina. Seekor lagi yang warna kelabu (biru) rasanya juga adalah betina. Nampaknya susah nak dapat anak kucing jantan untuk dibuat baka.
Apapun diharapkan 2 ekor anak kucing baru ini akan mengikut baka Abon, Semi Flat Persian supaya lebih comel dan cute. Sekarang anak kucing ni masih tutup mata dan mungkin memakan masa 3 minggu lagi untuk melihat.
Harap-harap semua anak kucing ni sihat dan hidup macam MrJocko pelihara Kiki dan Mia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.