Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

KL Sky Tour Tasik Titiwangsa Pakej Murah Naik Helicopter

Pernah bercita-cita untuk naik helicopter di Australia, tetapi bila melihat pakej yang ditawarkan, harga untuk satu pakej mencecah kos sehingga RM1,500 untuk seorang. Mahal. Mujur sekarang di Kuala Lumpur ada servis dan khidmat terbang dengan Helicopter. Kini, KL Sky Tour Tasik Titiwangsa tawar pakej murah naik helicopter untuk harga serendah RM198 seorang.

Tidak lagi perlu pergi jauh, peluang untuk melihat bandar Kuala Lumpur dari pandangan mata ‘burung’ kini boleh anda rasakan dengan menggunakan khidmat dan pakej helicopter murah ini, dikenali sebagai KL Sky Tour yang diuruskan oleh pihak Syarikat Cempaka Helicopter Corporation Sdn Bhd.

Pakej KL Sky Tour Tasik Titiwangsa

KL Sky Tour Titiwangsa

 

 

Majlis ‘Soft Launch’ KL Sky Tour telah berlangsung pada 25 Ogos 2016 yang lalu bertempat di tapak lokasi Tasik Titiwangsa. Majlis ini disempurnakan pelancarannya oleh YBhg Tan Sri Datuk Seri M Kayveas dan juga wakil daripada syarikat berkenaan.

Alhamdulillah, rakan media dan rakan blogger turut dibawa terbang untuk merasai sendiri pengalaman terbang menaiki helicopter dengan pakej KL Sky Tour Tasik Titiwangsa ini.

MrJocko dan rakan photographer, Maestro Ridwan antara media terawal berpeluan terbang dengan helicopter KL Sky Tour. Kami dibawa terbang dari Tasik Titiwangsa menuju ke Jalan Tun Razak dan kemudian dibawa sehingga ke bangunan Parlimen. Dari Parlimen kami dibawa terbang di atas Dataran Merdeka, bangunan Berjaya Times Square dan kemudian ke bangunan KLCC yang menjadi ikon bandaraya Kuala Lumpur.

 

 

KL Sky Tour Titiwangsa
KL Sky Tour Tasik Titiwangsa

Kayveas KL Sky Tour Titiwangsa Pakej Murah Naik Helicopter Kayveas KL Sky Tour Titiwangsa Pakej Murah Naik HelicopterKL Sky Tour Titiwangsa Pakej Murah Naik Helicopter KL Sky Tour Titiwangsa Pakej Murah Naik HelicopterKL Sky Tour Titiwangsa KL Sky Tour Titiwangsa Pakej Murah Naik Helicopter KL Sky Tour Titiwangsa KL_Sky_Tour_Titiwangsa

KL Sky Tour Titiwangsa Pakej Murah Naik Helicopter KL_Sky_Tour_Titiwangsa KL Sky Tour Titiwangsa

 

 

Selama 6 minit penerbangan menggunakan helicopter KL Sky Tour, terasa keterujaan MrJocko ketika terbang. Mulanya agak gayat, tetapi bila terbang dengan Juruterbang (Pilot) terlatih dan berpengalaman, kenyakinan untuk terus terbang mnjadi semakin teruja dan menarik.

Dari atas ruang udara Kuala Lumpur, dapat kami lihat betapa indah pemandangan bandaraya yang menjadi ibu negara Malaysia ini. Setiap sudut bangunan dan juga ruang hijau yang ada di Kuala Lumpur, memberikan gambaran pemandangan yang memang menarik, jarang kita lihat ketika kita berada di bawah.

Terbaik dan Berbaloi untuk harga pakej yang ditawarkan. Hanya serendah RM198 seorang + GST, anda boleh terbang dengan KL Sky Tour. Pakej The KL Express ini memang sesuai untuk anda jika ingin mencuba melihat kotaraya KL dari atas.

Untuk pakej lain, anda mungkin boleh mencuba The City Explorer dengan harga RM488 seorang + GST selama 15 minit, pakej The Jungle Escape dengan harga RM960 seorang + GST selama 30 minit dan pakej terbaik The Mountain View dengan harga RM1,388 seorang + GST selama 45 minit.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh terus hubungi laman web KL Sky Tour www.klskytour.com, Fanpage KL Sky Tour atau telefon ke +6019-2586818 Email : info@klskytour.com

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.