Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

KLDSLR Kedai Jual Kamera DSLR Murah Di Kuala Lumpur

Mereka yang sukakan fotografi pasti akan sentiasa mahukan gajet dan kamera terbaik untuk digunakan dalam kerja foto mereka. Memandangkan harga kamera dan aksesori adalah mahal, ramai yang cari kamera murah. kalau nak tahu, kedai online KLDSLR Kedai Jual Kamera DSLR Murah Di Kuala Lumpur.

Kedai kamera dan aksesori ini bermula kecil-kecilan dengan menjual beli barang-barang kamera terpakai dan dijual balik kepada pelanggan mereka. Setelah beberapa tahun, kini, mereka sudah punyai kedai di SS2 Petaling Jaya dan aktif dalam jualan produk kamera baru dan terpakai melalui talian.

Baca : Beli Kamera Mirrorless hasil Duit Blog

 


KLDSLR Kedai Jual Kamera DSLR Murah Di Kuala Lumpur

KLDSLR Kedai Jual Kamera DSLR Murah Di Kuala Lumpur
 

Ramai peminat kamera yang ingin upgrade atau bertukar model kamera akan cari kamera mereka di laman web KLDSLR. Tujuan mereka ialah untuk mencari stok kamera terpakai dan juga aksesori kamera berkaitan dengan harga yang lebih murah.

Biasanya harga yang dijual disini murah beberapa ratus dari harga pasaran biasa. Ini kerana mereka mempunyai ramai pelanggan yang datang untuk trade-in kamera lama dengan kamera baru. Jadi kamera yang telah di trade-in kan itu akan dijual balik kepada peminat kamera seterusnya.

KLDSLR Kedai Jual Kamera DSLR Murah Di Kuala Lumpur

KLDSLR Kedai Jual Kamera DSLR Murah Di Kuala Lumpur
Kamera Nikon terpakai
KLDSLR Kedai Jual Kamera DSLR Murah Di Kuala Lumpur
Kamera Sony terpakai

Baca : MrJocko dan Kamera

Untuk yang mencari model kamera tertentu, boleh semak senarai produk yang mereka jual. Setakat ini, hampir semua model kamera ada di dalam senarai mereka. Cuma, untuk sesetengah model, perlu di tempah lebih awal untuk mengelakkannya dari habis atau tak cukup stok.

Senari kamera terpakai dan aksesori terpakai seperti lens dan drone juga banyak di KLDSLR. Ada model Canon, Nikon, Sony, Fuji, Dji dan banyak lagi model popular. Cari model yang anda mahu, InsyaAllah ada di jual di sini.

Sudah beberapa kali MrJocko beli kamera dan trade-in kamera dan lens kamera di sini. Setakat ini, harga boleh di runding. Kalau kena cara, anda akan jimat beberapa ratus untuk satu kamera dan juga lens terpakai. Jadi, penjimatan yang dapat di kedai kamera KLDSLR, boleh buat beli aksesori lain seperti monopod, tripod ataupun Memory Cards.

Oh ya! jangan risau, mereka menerima wang tunai, kredit kad dan juga cek.

Untuk mereka yang nak cari kamera DSLR murah di Kuala Lumpur, boleh semak list kamera terpakai di KLDSLR Used Product List Website

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.