Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

KLPF 2007 – BTS Day 1

Best nyer Sabtu pagi… Sedap betul tido lepas sahur. Aku tgk jam dah masuk kul 10 pagi. Malas lak nak bangun. Jap lagi member aku Lan (contractor) nak dtg buat measurement, nak buat kitchen, bilik air, serta hall. Buat minor renovation jer.
Sib baik Lan dtg on time, ngam2 kul 12.00tgh smua dah siap. So, dia bgtau, Isnin nati dia bg quotation. Aku pun ok jer. Since senang nak deal. Kawan2, hopefully dpt la diskaun sikit.
Lps mandi, aku trus drive ker BTS. Ada KL Photo Festival 2007. Bagi yg tak tau, KLPF adalah festival photography bg photographer2 Pro kat Malaysia. So, masa ni jugak diorang akan buat exibition tentang gambar2 MASTERPIECE diorang. Time ni jugak, kedai2 kamera serta aksesori akan buat SALE. So, kalau nak cari brg2 murah, bleh la jenguk2 ke sini.
Masa aku sampai, kebetulan jumpa Mior, classmate aku masa UiTM. Dia skang fulltime reporter kat Majalah Libor. pastu jumpa Taqwa, budak saleman kat Maju Bintang. Yg aku heran, muker Superman aku blum nampak. Tadi kata on da way. Xper, sementara aku tunggu dia, aku survey2 harga brg dulu. Aku pegi sana pasal nak tgk kot2 ader model DSLR baru yg menarik perhatian dr segi Harga dan Capability. Puas duk ke sana sini, cuma aksesori jer yg menarik perhatian.
Kul 3.00pm, ader Model Shoot Event + Competition. Hadiah RM1000 for the winner. Menarik gak, tp kiri kanan aku tgk smua pro. Segan lak nak ambik shoot. Lagipun, kamera aku belum ambik lagi.
Superman lak, tak tau mana sesat. Tadi sms aku ckp dah sampai. Pastu ckp nak g Nike Butik kejap, sampai skang tak nampak btg idung. Alih2 aku terpaksa gerak ke venue lain.
Tak leh jadi, rugi tak ambik shoot tadi. Boleh prektis sambil shoot angle yg menarik. So, lps ke BTS, aku singgah Lowyat kejap. Cari brg, pun tak der. So, terpaksa la balik ke Pertama Kompleks, pegi ambik camera. Kali ni, try jenis Canon 400D plak. Tgk jam dah dekat 6.30pm, aku trus ke gerai Medan Mara, beli juadah berbuka. Beli jer 2 jenis lauk, air kelapa, pastu trus balik umah.
p/s: Erk! Ayam Bakar, kepak ayam jer dah RM2.80, mak aiii… mahal nyerrr…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.