Kobe Bay Sheraton Hotel & Towers Yang Terbaik Di Osaka
|Pertama kali menginap di Osaka, MrJocko hanya menginap di hotel berdekatan dengan Umeda Station. Tetapi untuk 2 malam selepasnya, MrJocko berpeluang untuk menginap di Kobe Bay Sheraton Hotel & Towers Yang Terbaik Di Osaka. Hotel ini diklasifikasi sebagai 4.5 Bintang, tetapi secara peribadi, kami menerima layanan yang lebih dari 5 Bintang.
Hari pertama sampai di Lobby Hotel, ia menakjubkan. Selalu hotel di Jepun mempunyai saiz bilik yang agak kecil. Tetapi di Kobe Bay Sheraton Hotel & Towers MrJocko diberi peluang untuk menginap di bilik di tingkat Club Executive. Alhamdulillah, terbaik!!!
Kobe Bay Sheraton Hotel & Towers
Baca : Pengalaman Masuk Ke Universal Studios Japan Osaka
Antara yang menarik di bilik Executive di Kobe Bay Sheraton ini, disediakan baju khas untuk tetamu hotel jika mereka ingin ke Club. Baju kimono khas ini disediakan dan boleh MrJocko jika nak mandi di Onsen. Bagi yang belum tahu, Onsem ialah cara mandi tradisi orang Jepun dengan menggunakan air mandian ‘spring’ panas dan ia sesuai untuk mandian kesihatan.
Wardrobe Kobe Bay Sheraton
Tab Mandi yang awesome
Nampak tak Baju Kimono dan Selipar tu!!! Jom mandi Onsen
Lokasi Kobe Bay Sheraton Hotel & Towers ini sebenarnya agak jauh dari bandar Osaka. Tetapi, dengan jaringan keretapi yang berada bersebelahannya, ia memudahkan tetamu hotel untuk ke mana sahaja. Selang beberapa meter di ruang lobby hotel, ada shopping mall dan pintu untuk ke Subway dan juga LRT menuju ke jaringan keretapi di Osaka.
Harga bilik standard Kobe Bay Sheraton Hotel bermula dari harga JPY11,000 dan ia bergantung kepada musim. Untuk bilik yang MrJocko inap ini, ia berharga sekitar JPY25,000++ semalam untuk 2 orang. Rasa macam mahal, tetapi itulah rate biasa di Jepun, jika anda memilih untuk menginap di hotel 4 atau 5 Bintang.
Kemudahan dalam bilik memang lengkap. Dari Sterika, Meja Tulis, ruang Sofa, Mini Fridge, Safety Box, Baju Tidur, Ironizer dan banyak lagi kemudahan yang memang melayakkannya menerima taraf 4 Bintang. Paling menarik, aksesori dan peralatan di Bilik Air memang banyak, boleh layan mandi buih sampai puas dalam tab mandi.
Untuk pakej business, pakej honeymoon dan pakej lawatan rasmi, lokasi hotel ini antara yang terbaik boleh anda cuba. Berbaloi dengan harga, semestinya Kobe Bay Sheraton ini berbaloi untuk anda cuba.