Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Koh Hin Ngam Pulau Batu Hitam Unik Di Satun

Bagi peminat pantai, laut dan juga pulau, Koh Lipe di Satun, Thailand amat terkenal untuk mereka. Namun, ramai yang terlepas untuk singgah di Ko Hin Ngam Pulau Batu Hitam, sebuah pulau kecil yang UNIK dan SATU-SATUNYA Pulau Batu Hitam yang ada di Dunia. Pulau ini lah yang di namakan Koh Hin Ngam Pulau Batu Hitam.

Baca : Kalau Nak Ke Koh Hin Ngam Boleh Naik Dari Jeti Pak Bara Satun

Kenapa Pulau Koh Hin Ngam Unik?

Keseluruhan pantai dan pulau ini dipenuhi dengan batu-batu yang berbentuk agak bulat dan licin, dipercayai terhasil semulajadi akibat hakisan ombak dan air laut. Pulau ini tidak mempunyai pasir dan ianya hanya mempunyai batu-batu hitam yang licin dan memang cantik. Pulau ini memang telah di istiharkan sebagai salah satu kawasan Taman Negara Thailand dan anda di larang untuk mengambil walaupun satu batu-batu di Pulau Batu Hitam ini.

Koh Hin Ngam Thailand 

Ko Hin Ngam Pulau Batu Hitam Ko Hin Ngam Pulau Batu Hitam

Ia terletak cuma sekitar 25 km dari Jeti Pak Bara dan memakan masa lebih kurang satu jam untuk ke sana. Lokasinya dekat sahaja dengan pusat pelancongan terkenal Koh Lipe, Koh Adang dan Koh Rawi di Taman Negara Thailand yang lain.

Ko Hin Ngam Pulau Batu Hitam Ko Hin Ngam Pulau Batu Hitam Ko Hin Ngam Pulau Batu Hitam Ko Hin Ngam Pulau Batu Hitam  

Pulau Koh Hin Ngam

Jadi, kalau anda ke Koh Lipe, Thailand, jangan lupa singgah sebentar untuk menikmati keunikkan Koh Hin Ngam ini. Anda semestinya akan leka dengan keindahan dan keunikkan batu-batu hitam yang ada di Ko Hin Ngam ini.

Jangan lupa singgah bermalam di Koh Lipe Thailand – http://www.mrjocko.com/2014/06/menarik-di-koh-lipe-thailand.html

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.