Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destination, Best Packages

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Koh Samui Central Mosque Masjid Utama Di Pulau Kelapa Dan Monyet

Khas buat pelancong Muslim yang bercuti ke Koh Samui, mesti tidak lengkap kalau tidak singgah di sini. Ia adalah Masjid Utama dan paling popular di Pulau Samui, Thailand, menjadi pengerak utama kepada agama Islam di sini. Saya kongsikan sedikit info tentang Koh Samui Central Mosque Masjid Utama Di Pulau Kelapa Dan Monyet.

Kalau sebelum ini, Koh Samui terkenal dengan panggilan ‘Island of Coonut and Monkey’, sejak dulu menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia, khasnya pelancong Eropah. Ia saban tahun dipenuhi dengan pelancong. Tidak hairan, hampir 95% penduduk du pulau ini bergantung harap kepada industri pelancongan antarabangsa.

Baca : Cara Mudah Untuk Terbang Ke Koh Samui Melalui KLIA Sepang Malaysia

 


Koh Samui Central Mosque Masjid Utama Di Pulau Kelapa Dan Monyet

Koh-Samui-Central-Mosque-Masjid-Terbesar-Di-Pulau-01 copy

Koh-Samui-Central-Mosque-Masjid-Terbesar-Di-Pulau-02
 

Masjid ini ada yang menggelarkannya sebagai Masjid Nurul Ihsan. Ini kerana, ia terletak bersebelahan sahaja dengan Sekolah Agama Nurul Ihsan Koh Samui.

Tak jauh dari Pantai Chaweng Koh Samui, masjid ini pasti menjadi pilihan ramai pelancong Muslim untuk singgah Solat (dengan selesa) atau melihat sendiri komuniti Muslim di Pulau Koh Samui.

Walaupun di pulau ini, penganut agama Buddha merupakan komuniti paling besar, tetapi komuniti Muslim di sini tetap ada dan masih dengan budaya dan kepercayaan mereka yang diwarisi sejak turun temurun.
 

Koh-Samui-Central-Mosque-Masjid-Terbesar-Di-Pulau-03
Bersama Qariah Masjid

Koh-Samui-Central-Mosque-Masjid-Terbesar-Di-Pulau-04

Koh-Samui-Central-Mosque-Masjid-Terbesar-Di-Pulau-05
 

Kawasan ini turut menjadi tumpuan pelancong bila menjelang petang kerana mempunyai pemandangan sunset yang agak cantik. Tidak kurang juga, ramai pelancong Muslim singgah di sini untuk menikmati menu makanan halal muslim yang sedap dan murah di Koh Samui.

Ada puluhan kedai makanan Muslim yang boleh anda singgah dengan menu klasik orang Thailand Halal untuk anda cuba ketika bercuti di pulau Koh Samui. Bukan sekadar makanan laut, ada banyak juga menu ayam, daging bahkan kambing jika anda bernasib baik.

Koh-Samui-Central-Mosque-Masjid-Terbesar-Di-Pulau-06

Koh-Samui-Central-Mosque-Masjid-Terbesar-Di-Pulau-07

Koh-Samui-Central-Mosque-Masjid-Terbesar-Di-Pulau-08
 

Masjid berkubah hijau dan emas ini, dibangun dengan gaya binaan Mughal, terletak di tengah-tengah kampung Muslim bersejarah Ko Samui. Setiap hari, akan ada Solat Jemaah bermula seawal pagi, Solat Subuh, Zuhur, Asar, maghrib dan Isya.

Ada dua tiang besar gaya Korintus dan tulisan Arab ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ menghiasi mehrab, yang menempatkan ciri terindah masjid, mimbar kayu gelap yang diukir (mimbar).

Semua pengunjung yang datang ke sini, tidak kira orang Islam atau bukan Islam, diharuskan untuk berpakaian sopan dan menutup aurat bagi menghormati Masjid. Tak kira lelaki atau perempuan, boleh berseluar pendek atau pakaian yang mendedahka. Kaum wanita harus memakai tudung, sebagai tanda hormat kawasan masjid.

Ada juga informasi dalam bahasa Inggeris tentang Ko Samui Central Mosque Thailand ini dikongsikan oleh Lonely Planet, klik sini untuk pautannya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.