Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Koleksi Coca-Cola Slim Bottle Panda Limited Edition Japan

Menjadi kemestian ramai pengumpul Tin Coca-Cola, pasti akan cari koleksi edisi terhad yang dikeluarkan sesebuah negara. Untuk info, kebanyakkan negara mempunyai rekaan Tin dan Botol Coca-Cola mereka sendiri dan berbeza dengan koleksi negara lain. Kali ini, saya nak kongsi satu Koleksi Coca-Cola Slim Bottle Panda Limited Edition Japan.

Kalau tak silap, design ini telah mula dijual di Jepun sejak awal Tahun 2019. Ia beri penghargaan kepada UENO yang dikenali dengan Bandar Panda di Jepun. Walaupun sebelum ini, tak pernah saya tahu yang ada haiwan Panda di UENO, Japan.

Baca : Xiang Xiang Panda Paling Terkenal di UENO Zoo

 


Coca-Cola Slim Bottle Panda Limited Edition Japan

Coca-Cola-Slim-Bottle-Panda-Limited-Edition-04 copy

Coca-Cola-Slim-Bottle-Panda-Limited-Edition-05
 

Kisahnya, anak Panda yang lahir di UENO Zoo, diberi nama Xiang Xiang. Ia dilahirkan pada 12 Jun, 2017, seberat 147 gram. Xiang Xiang adalah anak kepada kacukan Shin Shin dan Ri Ri. Kedua-dua Panda ini, tiba di Jepun pada bulan Februari 2011 dan tinggal di kandang bersebelahan. Anak Panda ini sepatutnya telah dikembalikan ke negara asalnya, China selepas dua tahun. Tetapi pihak China telah bersetuju untuk melanjutkan tempohnya di Jepun sehingga akhir tahun 2020.
 

Coca-Cola-Slim-Bottle-Panda-Limited-Edition-01

Coca-Cola-Slim-Bottle-Panda-Limited-Edition-02
Harga Coca-Cola Slim Bottle Japan

Coca-Cola-Slim-Bottle-Panda-Limited-Edition-03
 

Tak banyak kedai yang jual Coca-Cola Slim Bottle Edisi Terhad. Kalau nak beli, kena cari kedai Cenderamata, Kedai Serbaneka seperti Tenga dan beberapa kedai Cenderahati yang payah nak sebut namanya sebab dalam bahasa Jepun. Setakat ini, tak jumpa lagi Tin Coca-Cola atau Botol Coca-Cola seperti ini dijual di kedai 7-eleven atau Family Mart.

Harga untuk sebotol JPY200 (MYR8). Kalau beli satu Set of 3, harga JPY600 (MYR24) dengan percuma kotak edisi terhad. Kebanyakkan pengumpul tin Coca-Cola akan beli set of 3. Kalau beli satu, rugi sebab ia memang edisi terhad.

Baca : MrJocko dan Tempat Shopping Best di Jepun

Lagipun ada di sesetengah lokasi, Set of 3 dijual dengan harga sekitar JPY420 sahaja, berbanding harga JPY600. Tapi, kena la pandai cari kedai dan mungkin ia terletak di luar bandar besar Tokyo.

Untuk MrJocko, setakat ini tak simpan sangat koleksi Coca-Cola. Kalau betul-betul rare, baru la kumpul, sekadar untuk ingatan. Kalau yang koleksi biasa, bagi orang lain simpan dulu.

Berminat nak simpan koleksi Coca-Cola, mungkin boleh baca link ini sebagai panduan Coca Cola Collectors Club.

Nak trvel murah ke Jepun, baca Tips Travel Bajet Ke Jepun Travel Blogger Malaysia

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.