Koleksi Gambar Motorbike Di Tokyo Japan Model Yamaha Kawasaki Dan Honda
|Melihat motorsikal di Jepun, rasa seperti melihat motorsikal ketika tahun 1980an. Kenapa saya kata sebegitu? Sebab banyak model motosikal dan Superbike di Jepun, merupakan model motorsikal lama. Ini adalah beberapa Koleksi Gambar Motorbike Di Tokyo Japan Banyak Model Yamaha Kawasaki Dan Honda.
Jepun terkenal dengan keretapi. Hampir 100% rakyatnya mesti pernah menggunakan keretapi samada LRT, Subway, Monorel atau Shinkansen. Penggunaan motorsikal tidak popular di Jepun. Sebab? Saya sendiri belum jumpa jawapannya.
Koleksi Gambar Motorbike Di Tokyo Japan
Ramai yang tahu, Jepun antara pengeluar motorsikal yang terbaik di dunia. banyak model motorsikal di dunia datang dari negara Jepun, seperti Yamaha, Kawasaki, Honda dan Suzuki. Walaupun negara lain banyak mengeluarkan jenama motorsikal, tetapi jenama dari Jepun antara yang mempunyai kualiti dan ketahanan, terbukti sejak dari tahun 1970an lagi.
Di Malaysia, kita banyak melihat model motorsikal superbike Yamaha, Kawasaki, Honda dan Suzuki dengan rekaan model terkini seperti Yamaha YZF-R6, Kawasaki Ninja ZX-10R, Honda RVF1000 dan juga Suzuki GSX-R1000. Tetapi di Jepun, kebanyakkan model yang berada di atas jalan, adalah model yang lama, mungkin 5 hingga 10 tahun yang lepas.
Ada la beberapa kali ternampak model Harley Davidson Sportster 883 dan juga model Ducati Monster 796, tetapi tak banyak. Kebanyakkan model yang ada di sini memang jenama Jepun, samada Yamaha, Kawasaki, Honda dan Suzuki.
Maaf kalau ditanya, kebanyakkan model motorsikal yang saya kongsi di sini, tak berapa nak kenal modelnya. Maklumlah, untuk model motorsikal Jepun, tak banyak yang MrJocko kenal.
Baca : MrJocko dan Motorsikal
Ada informasi mengatakan, model motorsikal dari negara jepun yang melebihi 1000cc adalah untuk jualan pasaran antarabangsa. Model di Jepun biasanya lebih rendah cc enjinnya seperti bawah 1000cc. Itu orang kata. betul atau tidak, nanti MrJocko akan tanya pada mereka yang berkenaan.
Selama MrJocko di Jepun juga, tak banyak melihat sekumpulan Geng Motor Superbike berkumpul atau menunggang di jalanraya di Jepun. Kebanyakkannya menunggang seorang atau berdua. Dan satu lagi, tak nampak pun mereka memecut laju di jalan di Jepun. Atau, mungkin mereka lebih laju bila di lebuhraya?
Untuk yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang sejarah motorsikal di Jepun, mungkin boleh baca dan layari satu laman web yang berguna ini. Klik https://thevintagent.com/2017/09/20/japanese-motorcycles-the-early-days/