Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Koleksi Jam GShock Vintage MrJocko PreLoved Japan

Mereka yang selalu baca blog dan juga yang follow Facebook saya pasti tahu yan gsaya juga adalah peminat jam tangan Casio G-Shock dari Jepun. Sebenarnya, secara pribadi baru sahaja mengumpul koleksi jam getah ni sejak tahun 2015. Kini, terkumpul hampir 100 pcs, Koleksi Jam GShock Vintage MrJocko PreLoved Japan. Semuanya dibuka untuk jualan.

Memandangkan, sejak tahun 2015, saya banyak kali melancong ke Jepun atas urusan kerja sebagai Travel Blogger Malaysia, saya berkesempatan untuk curi masa membeli stok jam PreLoved GShock Jepun dengan harga yang sangat berbaloi. Ada yang koleksi rare vintage DW6600, saya cuma beli dengan harga JPY300 (RM12) sahaja, sedangkan harga semasa pasaran sekitar RM350++

Baca : MrJocko sebagai Pengumpul Jam G-Shock Malaysia

koleksi jam gshock vintage>

 



 

Koleksi Jam GShock Vintage MrJocko PreLoved Japan

koleksi jam gshock vintage mrjocko 01 copy
 

Baca : Ranking Jam G-Shock Vintage Paling mahal

Asalnya saya hanya nak kumpul beberapa model jam tangan vintage G-Shock. Tetapi memandangkan beberapa kali saya berjaya mendapatkan koleksi jam getah ini dengan harga murah, saya terfikir untuk beli dan jual di pasaran Malaysia. Alhamdulillah, ia berbaloi.

Konsep koleksi yang saya buat, bukan sahaja saya beli untuk koleksi peribadi saya, malah untuk dikongsi dengan rakan-rakan peminat jam tangan Casio G-Shock di Malaysia yang tidak berpeluang ke negara Jepun.

Ya, model jam G-Shock di Malaysia juga banyak di jual di kedai jam, tetapi kebanyakkan model tersebut adalah model biasa dan senang dijumpa di mana-mana kedai jam. Yang saya cari, koleksi jam vintage sejak tahun 1983 dan model-model jam G-Shock yang sudah tidak lagi dibuat di kilang Casio.
 

koleksi jam gshock vintage mrjocko 02
Jam Original Vintage GShock untuk dijual

koleksi jam gshock vintage mrjocko 03
Jam Original Vintage GShock King Oren

 

Memang bukan senang nak cari, tambah-tambah lagi model G-Shock King, G-SHock Frogman Limited Edition atau Frogman 35th Anniversary serta beberapa lagi model jam rare yang kini mencecah jualan hingga RM65,000 seperti jam Frogman Murakami.

Nak tahu senarai jam G-Shock Vintage yang mahal, boleh baca sini GShock-Malaysia.com

koleksi jam gshock vintage mrjocko 01

Semua koleksi yang saya ada ini merupakan koleksi terpakai dan ia adalah untuk dijual. Harga bermula dari RM90 sahaja dan ada yang mencecah harga jualan RM1800. Kebanyakkan model jam yang saya ada adalah jam GShock Frogman DW8200, Frogman DW9900, DW002, DW003, DW6000 Thermo, DW6100, GCool GT001, Baby-G dan banyak lagi model lain.

Hampir separu model yang saya ada adalah jam yang tidak mempunyai Bezel. Ini kerana, model jenis ini tidak tahan lama dan ia senang pecah memandangkan ia sudah berumur lebih 15 tahun.

Tapi, jangan risau, kebanyakkan model yang saya jual ada ‘replacement model’ yang dibuat oleh Peminat dan Pengumpul Tegar jam tangan G-Shock di Malaysia.

Andai anda berminat, jangan segan jangan malu. Boleh sahaja terus contact saya untuk beli mana-mana model yang anda minat. Layari laman Fanpage dan Instagram kami, GShock Malaysia Fans.

G Shock Malaysia Fans Logo Original Small 800x300
G-Shock Malaysia Fans
One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.