Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Koleksi Jam Tangan Ice Watch Dari Belgium Harga Mampu Milik

Pertama kali melihat Jam Tangan Ice Watch Dari Belgium memang unik dan berbeza dari koleksi jam jenama lain. Lebih menarik jam Ice Watch ini adalah berasal dari Belgium tetapi masih menggunakan kepakaran sentuhan Miyota, salah satu syarikat pakar berkaitan dengan Citizen dari Jepun. Pun begitu, ia dibuat dan dipasang di negara China.

Lebih unik, jam jenama Ice Watch ini direka dengan menggunakan plastic polyamide , polyurethane atau silicone dalam pelbagai jenis warna dari warna transparent hingga warna fluorescent.

Koleksi Jam Tangan Ice Watch

 

Jam Tangan Ice Watch Dari Belgium

 

Baca : Koleksi Jam Saya

 

Sejak ia mula diperkenalkan beberapa tahun lepas, Jam tangan Ice Watch ini agak berjaya dalam strategi pasaran mereka. Antara yang ramai menggunakan jam tangan Ice Wacth ini ialah golong muda dan juga wanita.Untuk informasi anda, jam tangan Ice Watch ini juga pernah muncul dalam penggambaran video klip Black Eyed Peas dan juga penyanyi terkenal Katy Perry.

Di Malaysia, sudah ada banyak kedai-kedai dan outlet yang menjual jam tangan Ice Watch ini untuk anda pilih. Mereka mempunyai Ice Watch Outlet rasmi di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuantan, Melaka dan juga Johor Bahru.

Nak mudah, boleh pilih koleksi jam tangan Ice Wacth di laman belian online seperti di 11street https://iprice.my/ice-watch/.

 

image

image

image

image

harga jam ice watch malaysia

 

 

Kalau di Malaysia, harga jualan jenis yang MrJocko ada ni, Ice Watch Big Sili dijual dengan harga jualan RM299. Kalau anda bernasib baik, mungkin ada banyak tawaran diskaun murah untuk koleksi jam Ice Watch seperti ini. 

Untuk pilihan model jam tangan lelaki dan wanita, mungkin boleh anda cuba koleksi jam cantik dan menarik dari Ice Watch.

Nak tengok banyak lagi koleksi lain Koleksi Jam Tangan Ice Watch Dari Belgium layari link ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.