Rupanya bukan senang nak dapatkan lagi koleksi LEGO Ferrari di Stesen Minyak Shell ini kerana banyak model dah habis dijual. Ramai betul peminat kereta LEGO ini. Mana-mana stesen minyak Shell, susah nak dapatkan koleksi LEGO Ferrari di Shell ni.
MrJocko sendiri, banyak kali singgah di stesen minyak Shell dan tanya pasal model kereta yang lain, semuanya kehabisan. Yang tinggal cuma model Ferrari 150 Italia sahaja. Model kereta LEGO Ferrari lain semua sudah habis atau sudah ditempah peminat yang lain.
LEGO Ferrari Di Shell
Semalam, dalam perjalanan balik dari Seremban, MrJocko singgah di dua stesen minyak Shell. Di Shell Jalan Rasah, MrJocko berjaya dapatkan satu unit LEGO Ferrari Pit Crew dan di Shell Hentian R&R Seremban menghala Kuala Lumpur dapat satu lagi model LEGO Ferrari 458 ITALIA. Yeay!!! Alhamdulillah, rezeki ni.
Ini adalah koleksi LEGO Ferrari MrJocko yang kedua dan ketiga. Koleksi pertama dan kedua sudah dapat minggu lepas. Nanti nak tanya di stesen Shell lain pulak. Ada satu model lagi yang beluk dapat ;).
Koleksi Kereta LEGO Ferrari Di Shell
Mungkin nampak biasa bagi anda yang tidak mengumpul koleksi ini, tetapi bagi MrJocko, ia antara koleksi yang boleh kita simpan untuk masa depan. Ada yang betul-betul minat model kereta LEGO Ferrari di Shell, mereka sanggup beli balik dengan harga yang mahal dari harga biasa.
Jadi, sementara itu, simpan dulu koleksi terhad ini 🙂