Site icon Travel Blogger Malaysia

Koleksi Mainan Happy Meal Limited Edition Minions The Rise Of Gru

Koleksi_Mainan_Happy_Meal_Limited_Edition_Minions_The_Rise_Of_Gru_01

Koleksi Mainan Happy Meal Limited Edition Minions The Rise Of Gru, kini kembali di semua outlet restoran McDonalds Malaysia. Koleksi mainan yang dibawakan bersempena dengan filem terbaru dari Illumination, The Rise Of Gru akan menemui peminat-peminat Minions di pawagam berhampiran. Filem terbaru ini, akan ditayangkan pada tahun 2021, katanya lebih kelakar dari filem sebelum ini.

Namun, untuk lebih mudah, anda semua sila rujuk informasi jadual atau waktu tayangan filem ini kerana di Malaysia, kita masih lagi terikat dengan Perintan Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga arahan terbaru Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Baca : Koleksi Mainan Happy Meal McDonalds Yang Mahal

 


Koleksi Mainan Happy Meal Limited Edition Minions The Rise Of Gru

Koleksi_Mainan_Happy_Meal_Limited_Edition_Minions_The_Rise_Of_Gru
Happy Meal Limited Edition Minions The Rise Of Gru

Makluman, ini adalah minggu keempat dan minggu terakhir untuk anda mengumpul koleksi mainan Edisi Terhad dari McDonalds. Kalau lambat, pasti akan habis di’beli’ oleh collector Minions atau Happy Meal.

Setiap minggu akan ada sekitar 6 mainan baru dan koleksi keseluruhan ialah sekitar 36 watak popular dalam filem terbaru Minions, The Rise Of Gru.

Koleksi super rare ini bermula 3 Oktober 2020 dan akan berakhir pada 5 November 2020. Kalau anda peminat Bob, Stuart dan Kevin, pastinya akan menunggu koleksi menarik dari Happy Meal McDonalds Malaysia ini.

‘Peek-a-boo! There’s 6 NEW Minions toys for you to get your hands on this week! Collect them all with Happy Meal when you order via McDelivery, Drive-Thru or Takeaway! Hurry.. while stock last!’
 


 

Watak Minions mula terkenal ketika diperkenalkan dalam filem pertama Despicable Me tahun 2010. Kemudian dipanjangkan ke filem Despicable Me 2 (2013), Minions (2015) dan juga Despicable Me 3 (2017). Kini ia akan kembali ke pawagam dengan filem terbaru Minions : The Rise of Gru pada tahun hadapan, 2021.

Oleh sebab watak yang menarik, koleksi mainan Happy Meal Minions, The Rise of Gru ini pasti akan menjadi buruan ramai pengumpul mainan, khususnya peminat Happy Meal McDonalds. Dengan harga cuma bermula dari RM7.17 Set Happy Meal Bubur Ayam McDonalds, mainan ini disertakan PERCUMA. Berbaloi bukan?

Maklumat tentang promosi, informasi dan produk terbaru dari McDonalds Malaysia, sila layari Facebook Fanpage McDonalds Malaysia di sini.

Exit mobile version