Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Koleksi Terbaru Toys LEGO Ninjago Untuk My Kids

LEGO, jenama produk inovatif dan kreatif sedang hangat memperkenalkan beberapa koleksi mainan LEGO terkini untuk pilihan ibubapa kepada anak-anak mereka sebagai ‘mainan berilmiah, inovasi dan kreatif’. Ini cerita Koleksi Terbaru Toys LEGO Ninjago Untuk My Kids.

Sejak dari terciptanya mainan LEGO, ia berkembang dan menjadi salah satu sebagai idola kepada mainan anak-anak kecil dalam perkembangan mereka menuju ke alam dewasa. Mainan Toys LEGO Ninjago ini sebagai contoh, merangsang perkembangan otak anak-anak anda dalam mereka cipta dan membina mainan berdasarkan panduan yang diberikan.

Baca : LEGO NinjaGo Permainan Untuk Anak-Anak

 



 

Koleksi Terbaru Toys LEGO Ninjago Untuk My Kids

What is LEGO Ninjago ?

Lego Ninjago is a current line of sets produced by Lego. It uses ninjas from the previous Ninja series. There are several changes from the previous series. These include the removal of the Shogun and Bandits, and the introduction of the Skulkin, Serpentine, Stone Army, Nindroid Army, Anacondrai Cultists and Ghost Warriors. Also noticeable is the inclusion of advanced vehicles which imply a more modern setting than the feudal Japan setting of the previous incarnation.

Dragons have recently become a significant part of Ninjago. An Elemental Dragon was introduced for every Ninja. However, they soon migrated to the Spirit Coves and combined into one four-headed Ultra Dragon. This dragon was soon used by the Green Ninja. Ninjago later introduced the Golden Dragon, an ancient fighting animal given to Lloyd, passed down by the First Spinjitzu Master; the MechDragon, a cybernetic creature built by the Digital Overlord to capture the Golden Ninja; the Titanium Dragon, an elemental dragon belonging to the Titanium Ninja, Zane; and the Morro Dragon, a dragon belonging to Morro. Every Dragon’s head (except for the MechDragon, Titanium Dragon, Master Wu Dragon and Morro Dragon) launches a Dragon Sphere, which is used in battle to knock down enemies.

Koleksi Toys LEGO Ninjago Terbaru

Koleksi Toys LEGO Ninjago Terbaru Lego_Ninjago_02 Lego_Ninjago_03

Setiap bahagian mainan untuk pembinaan mainan besar Lego Ninjago ini dipaketkan dalam paket yang berasingan supaya ia mudah untuk dibina oleh anak-anak. Seperti mainan LEGO Ninjago Masters of Spinjitzu ini, ia dipaketkan kepada 5 bahagian kecil dan kemudian dibina berasaskan panduan buku khas untuk membina binaan kecil dan seterusnya kepada binaan yang besar.

Tahap ini menguji daya imaginasi, fokus, kreativiti dan daya berfikir anak-anak dalam membina struktur yang diperlukan mengikut apa yang ditunjukkan di dalam buku panduan khas yang disediakan.

Lego_Ninjago_04 Koleksi Toys LEGO Ninjago TerbaruLego_Ninjago_06

Sebagai bapa, MrJocko cuba ‘guide’ anak-anak MrJocko, Khalish dan Hasya untuk menyusun, mengumpul dan memadankan alatan kecil ini supaya dapat membina dan menggabungkannya menjadi mainan LEGO yang siap mengikut yang dikehendakki.

Ya, ini bukan kerja yang mudah, tetapi jika mengikut turutan dan sususan yang betul, ia akan menjadi lebih seronok dan menghiburkan. Tengok antara susunan LEGO bricks yang telah siap separuh hasil binaan Khalish dan Hasya.

Lego_Ninjago_07Koleksi Toys LEGO Ninjago Terbaru

Setelah sejam, akhirnya, binaan LEGO Ninjago Masters of Spinjitzu ini telah siap dan memang sedia untuk dicuba. Kalau biasa, spinner LEGO Ninjago ini dalam saiz kecil sahaja, tetapi dengan binaan mainan Masters of Spinjitzu ini, ia memang bersaiz besar dan mempunyai kekuatan yang lebih ‘power’ 🙂

Tambahan pula, bila binaan mainan LEGO Ninjago ini siap, ia menjadi satu binaan yang menarik dan akan disukai oleh kanak-kanak.

Lego_Ninjago_09Koleksi Toys LEGO Ninjago Terbaru

Koleksi pertama LEGO Ninjago Masters of Spinjitzu kami adalah dibina dan menjadi sebuah kapal helicopter yang besar. Ia adalah spinner yang besar dan mampu menerbangkan mainan Toys LEGO Ninjago dengan laju dan tinggi.

Masa untuk cuba spinner dan mainan LEGO Ninjago ini. Tidak perlu pergi jauh, boleh main di dalam rumah dan ia memang sesuai untuk anak-anak berumur 8 tahun ke atas.

Koleksi Toys LEGO Ninjago TerbaruLego_Ninjago_12Lego_Ninjago_13Koleksi Toys LEGO Ninjago TerbaruLego_Ninjago_15Lego_Ninjago_16

Tidak hanya dengan koleksi saiz besar toys LEGO Ninjago Masters of Spinjitzu, anda juga boleh mendapatkan koleksi Spinner biasa dengan karekter mainan yang berbeza seperti koleksi mainan toys LEGO Ninjago Airjitzu Kai dan Airjitzu Morro ini…

So, jika anda mencari mainan yang sesuai untuk anak anda dan mementingkan permainan yang mempunyai ciri-ciri inovasi, kreativit dan daya fikir yang sesuai untuk anak-anak anda, sudah pasti LEGO adalah mainan yang paling sesuai.

Koleksi Toys LEGO Ninjago Terbaru

Maklumat lanjut tentang koleksi terbaru mainan dari LEGO Ninjago ini, anda boleh layari di laman web toys LEGO Ninjago atau ke laman Fanpage Facebook LEGO Ninjago . Ada banyak lagi koleksi baru dan terkini untuk pilihan mainan toys LEGO untuk anak anda. 

Berikan peluang mereka berkembang dengan inovasi dan kreativiti bersama mainan LEGO.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.