Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kombi Bar Restoran Unik Di Brussels Untuk Musim Covid19

Seluruh dunia terkesan dengan pandemik Coronavirus. Namun, mereka yang kreatif akan tetap cuba yang terbaik untuk memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan mereka. Ini yang kami temui di laman Facebook Kombi Bar Belgium. Ia satu inisiatif yang menarik di mana, Kombi Bar Restoran Unik Di Brussels Untuk Musim Covid19 hidang menu mereka di dalam kenderaan antik Kombi Volkswagen.

Kerajaan Belgium sudah mula membenarkan beberapa aktiviti perniagaan kembali dibuka dinegara tersebut selepas pengawalan dan kawalan ketat wabak Covid-19. SOP yang ketat juga turut dikenakan kepada rakyat mereka dalam aktiviti seharian. Ekoran dari langkah-langkah keselamatan, pihak restoran ini mencipta idea bernas dengan membuka beberapa ruang di dalam Kombi Volkswagen untuk membenarkan pelanggan mereka menikmati hidangan terbaik di Kombi Bar Brussels.

Baca : Restoran Halal di Asakusa

 


Kombi Bar Restoran Unik Di Brussels Untuk Musim Covid19

Kombi Bar Restoran Unik Di Brussel Untuk Musim Covid19-01 copy

Kombi Bar Restoran Unik Di Brussel Untuk Musim Covid19-03

Kombi Bar Restoran Unik Di Brussel Untuk Musim Covid19-06
 

Kalau di Malaysia, selepas diperketatkan dengan SOP di restoran yang mana hanya untuk bungkus sahaja, ada beberapa restoran menawarkan hidangan di dalam kereta. Namun, dengar khabar ia tidak dibenarkan kerana masih menyalahi SOP PKP 3.0.

Tetapi di Brussels, mereka masih boleh dibenarkan untuk makan di ruang seperti ini dan mereka diletakkan di dalam van Kombi diluar restoran untuk mereka menikmati menu yang dihidangkan.
 

Kombi Bar Restoran Unik Di Brussel Untuk Musim Covid19-02
Dinner di dalam Kombi Volkswagen

Kombi Bar Restoran Unik Di Brussel Untuk Musim Covid19-05

Kombi Bar Restoran Unik Di Brussel Untuk Musim Covid19-06

Kombi Bar Restoran Unik Di Brussel Untuk Musim Covid19-08
Kombi Bar Take Away

Sumber Gambar : Facebook Kombi Bar Brussels Belgium

Covid-19-Case-In-Belgium
Covid-19 Case In Belgium May 2021

 

Kes jangkitan Covid-19 di Belgium setakat Mei 2021 ialah sejumlah 1.05 juta dan telah merekodkan serama lebih 24,000 kematian.

Mungkin sebab mereka juga terpaksa membuka aktiviti ekonomi untuk mengelakkan daripada kemelesetan dan juga pergerakkan ekonomi yang lembab, beberapa aktiviti tertentu telah dibenarkan beroperasi.

Kedai makan, antara yang dibolehkan namun dengan kawalan SOP yang ketat. Dengan penyediaan ruang yang lebih besar dan unik seperti ini, ia boleh menggerakkan ekonomi peniaga dan juga sedikit sebanyak mengurangkan risiko kebolehjangkitan Virus Covid-19.

Ia tetap unik. Kalau konsep restoran makan di dalam van kecil seperti ini ada di Malaysia, ia pasti akan menjadi satu tarikan pelancong.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.