Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Komen Orang Kampung Tentang Bajet 2013

MrJocko memang asal orang kampung. Pure kampung dan ulu dari bandar besar. Kalau nak ke bandar Pasir Puteh, terpaksa naik kereta Prebet Sapu selama 30 minit. Nasib baik jalan tak jem cam KL, kalau tidak mahu 1jam lebih.

Selama zaman kanak-kanak hingga remaja, semasa menetap di kampung, rasanya tak pernah MrJocko lihat arwah ayah MrJocko komen pasal Bajet tahunan. Pasal apa agaknya?

Bila dah dewasa, umur pun dah tua, baru MrJocko faham. Rupanya zaman dahulu kala, banyak ‘bajet’ pembangunan negara, tak sampai hingga ke kampung. Ada yang sampai hanya di bandar dan pekan kecik sahaja. Itu dulu.

Sekarang kampung MrJocko sudah ada pembangunan, dan ada nampak hasil dari bajet-bajet terdahulu. Tak kira la bajet tu dari pihak kerajaan atau pembangkang, yang penting rakyat dapat manafaat.

Harap bajet kali ini lebih menyeluruh. Jangan hanya sampai kepada sesetengah kumpulan sahaja, kerana kita semua rakyat Malaysia, ada hak kita untuk menerima pembangunan sebagai rakyat Malaysia yang merdeka.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.