Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kondom Durex Invinsible Tingkatkan Kemesraan Hubungan Pasangan (18SX)

Durex, jenama kondom No. 1 di dunia baru-baru ini memperkenalkan kondomnya yang paling nipis tetap memberikan perlindungan terhadap STIs. Kondom Durex Invinsible Untuk Tingkatkan Kemesraan Hubungan Pasangan. Dengan Durex Invisible, jenama ini menunjukkan komitmennya yang kukuh ke arah inovasi. Kondom yang direka untuk pasangan, menjanjikan pengalaman paling intim melebihi jangkaan dan memberikan nikmat yang lebih menyeronokkan.

Warning : This Entry for Education Purposes and for 18 Years Old View only

Tahukah anda lebih daripada 1 juta orang di seluruh dunia dijangkiti sexually-transmitted infections atau jangkitan kelamin (STIs) setiap hari ; dan kira-kira 357 juta jangkitan setiap tahun? STIs boleh disebarkan daripada seorang yang dijangkiti kepada yang lain. 1 Jika anda fikir anda berisiko dijangkiti STIs, lindungilah dan jaga diri anda. Salah satu langkah yang paling efektif untuk mengurangkan risiko dijangkiti STIs adalah mengamalkan hubungan seks yang selamat dengan mengunakan kondom.

 

Durex Invinsible

 

Menurut Matias Caride, Pengarah Pemasaran RB Malaysia & Singapura, kondom yang baharu daripada Durex ini memberi penyelesaian kepada kadar penggunaan kondom yang rendah di kalangan pengguna serta persepsi bahawa kondom mengurangkan kenikmatan sewaktu melakukan hubungan kelamin.

Berdasarkan Durex Sexual Wellbeing Global Survey 2011-2012, kadar penembusan kondom di pasaran Malaysia adalah pada 5.3% dan ini merupakan salah satu kadar yang paling rendah di seluruh dunia.

“Kebanyakan rakyat Malaysia masih memilih teknik mencegah kehamilan tradisional seperti kaedah ritma (tidak melakukan hubungan kelamin dalam tempoh tertentu), mengeluarkan alat kelamin atau tidak menggunakan sebarang bentuk perlindungan. Pengetahuan yang kurang dan mempercayai mitos seksual turut menyumbang kepada masalah ini seperti yang dilihat dalam kajian 2015 Malaysian Youth Sexual and Reproductive Health (SRH). Sebenarnya, salah satu sebab utama adalah persepsi bahawa memakai kondom mengurangkan tahap kenikmatan sewaktu melakukan hubungan kelamin. Walau bagaimanapun, semuanya ini meningkatkan risiko terkena jangkitan penyakit kelamin menerusi hubungan kelamin tanpa perlindungan,” kata Caride.

“Dalam mana-mana hubungan romantik, memuaskan pasangan adalah antara perkara yang memberi kita keseronokan. Ini bukan sahaja bergantung pada faktor fizikal; sifat tanggungjawab juga menunjukkan kita kasih dan hormat kepada pasangan kita. Amalan seksual yang selamat memainkan peranan penting dalam memastikan pasangan anda sihat dan sejahtera.

 

Durex Invinsible Untuk Tingkatkan Kemesraan Hubungan

guna_kondom_durex_01
 

Durex merupakan jenama kesejahteraan seksual dan bukannya jenama kondom semata-mata. Selain daripada hubungan kelamin, terdapat juga pelbagai aspek lain yang penting dan kami mahu menggalakkan aspek-aspek yang lain ini. Tambahan lagi, kondom juga mampu mengurangkan risiko dijangkiti STIs,” tambahnya lagi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang bekerja secara aktif untuk mencegah dan mengawal penyebaran jangkitan kelamin di seluruh dunia, menekankan bahawa majoriti STIs mempunyai gejala yang ringan atau tiada tanda-tanda langsung. Di Malaysia, perasaan takut dilabel mengakibatkan 10% daripada generasi muda Malaysia mengatakan bahawa mereka tidak rela mendapatkan rawatan perubatan walaupun telah terdedah kepada risiko STIs. Ini berpotensi membawa kesan domino, di mana seseorang dijangkiti dan mereka pula menyebarkan kepada orang lain.

Oleh yang demikian, pencegahan melalui hubungan kelamin yang selamat adalah lebih baik daripada rawatan. Penggunaan kondom yang konsisten boleh memberikan perlindungan daripada kebanyakan STIs, termasuk pengurangan ketara secara statistik risiko terhadap HIV, klamida, gonorea, herpes dan sifilis.2, 3 & 4

“Sebagai peneraju pasaran global, Durex sentiasa menggalakkan pasangan dewasa untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya ke arah perlindungan sebagai sebahagian daripada komitmen mereka terhadap hubungan kelamin yang selamat dan bahagia. ‘Ketenangan fikiran’ yang dikaitkan dengan penggunaan kondom ini bukan sahaja melindungi kesihatan anda, malah turut memberi manfaat kepada kesejahteraan emosi dan sosial seseorang.  Dengan inovasi terbaru ini, pasangan tidak perlu bimbang kesihatan seksual atau keintiman mereka akan terjejas,” Caride menjelaskan lebih lanjut.

Durex Invisible menampilkan 5 inovasi unik untuk menjadikan pengalaman pasangan lebih sensual dan selamat:

Ultra nipis

Kondom yang paling nipis oleh Durex direka untuk pengalaman yang lebih semula jadi untuk meningkatkan sensitiviti.

Lembut secara semula jadi

Selembut kulit anda untuk keseronokan yang sebenar.

 

Pelinciran yang hebat

Pelinciran ekstra untuk keselesaan dan kenikmatan si dia. Tanpa geseran, tanpa rasa lekit.

 

Reka bentuk yang menyeronokkan

Lebar nominal 52mm untuk penggunaan yang lebih selesa dan lebih intim.

 

Bau yang menyenangkan

Bau aroma kekayu semula jadi untuk pengalaman yang lebih nikmat.

Durex Invisible boleh didapati di kedai farmasi terkemuka dan atas talian terkemuka dengan dua pilihan:

  • Extra Sensitive dalam pek iaitu 3 keping kondom yang dijual pada harga runcit yang disyorkan RM14.45 setiap pek; dan 10 keping pada RM41.95 setiap pek; dan
  • Extra Lubricated dalam pek iaitu 10 keping pada RM41.95 setiap pek.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Durex Malaysia http://www.durex.com.my/ atau laman Facebook https://www.facebook.com/DurexMalaysia.

Ketahui lebih lanjut mengenai #WhyMaluMalu di bit.ly/WhyMaluMalu sekarang!

Oh ya, mungkin rakan pembaca Muslim ada bertanya tentang Hukum memakai Kondom dalam hubungan intim. Mengikut yang MrJocko faham dari bacaan dari sumber rujukan yang paling popular, hal ini (penggunaan kondom) hampir sama dengan metode azl (mengeluarkan sperma di luar vagina), dan ini diperbolehkan dalam Islam.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.