Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kopi 434 Muar Kopi Sedap Dan Terkenal Di Seluruh Malaysia

Pernah dengan Kopi 434 Muar? Sekiranya anda singgah di bandar Maharani Johor, Bandar Muar, tidak sah kalau anda tidak singgah untuk mencuba salah satu dari tarikan utama dan salah satu kebanggaan orang-orang Muar. Selain dari Mee Bandung, Sate dan Durian, di Muar ada kopi muar yang sedap.

Apa yang MrJocko maksudkan ialah mencuba untuk minum Kopi Muar keluaran Syarikat Sai Kee, salah satu kopi yang terkenal dan mempunyai rasa sedap, terbaik di bandar Maharani Muar, Johor. Sebut sahaja jenama kopi ini, semua orang akan kenal.

Baca : Hotel Yang Best Di Bandar Muar Johor

 


Kopi 434 Muar Kopi Sedap Dan Terkenal Di Seluruh Malaysia

kopi-muar-434
 

“Kopi sebenarnya mengukuhkan ikatan sesama manusia. Ini membantu seseorang untuk menenangkan fikiran dan merangsang kreativiti pada masa yang sama. Secawan kopi yang baik bermula dari perhatian yang teliti di taman asuhan kanak-kanak hingga menitik terakhir dalam cawan. Di Sai Kee, kami mendedikasikan 50 tahun cinta dan semangat untuk memanggang kopi” Syarikat Sai Kee Kopi Serbuk Sdn. Bhd.

Rata-rata orang Muar memang menyukai rasa kopi Asli Kopi Empat Tida Empat Muar Sai Kee. Boleh dikatakan hampir semua kedai kopi area Muar dan sekitarnya menggunakan serbuk kopi popular keluaran orang Muar, Johor.

Pergi sahaja mana-mana kedai kopi, order sahaja Kopi O, insyaAllah, mereka akan sajikan anda dengan Kopi Empat Tiga Empat Muar yang memang sedap dan kaw. Kalau nak beli untuk bawa pulang sebagai kenangan, hadiah atau kegunaan sendiri, boleh singgah di mana-mana kedai runcit dan sebut saja mahu Kopi Empat Tiga Empat, mesti ada.

Kopi 434 Kopi Sedap Dan Terkenal Di Muar
Kopi 434 Kopi Sedap Dan Terkenal Di Muar

Kopi 434 Kopi Sedap Dan Terkenal Di Muar

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.