Kopi Aceh Terkenal Di Bukittinggi, Sumatera
|
Pertama kali sampai di Sumatera, memang banyak benda yang MrJocko baru tahu dan belajar, lebih-lebih lagi dari Pak Zam, seorang Penulis Travel Otai yang terkenal di kalangan penulis kembara di Malaysia. Antara yang MrJocko baru tahu ialah, Kopi Aceh.
Kopi Aceh ini sebenarnya sangat terkenal kalau di Sumatera. Kalau di Pulau Jawa, terkenal dengan Teh Botol, tetapi populariti Teh Botol agak tenggelam kalau berada di Sumatera. Rata-rata penduduk di Sumatera akan suka minum Kopi Aceh ini, tak kira di warung, kedai makan atau di restoran besar.
Kali ini MrJocko singgah dengan delegasi Media di BAROENA Waroeng Kupi & Mie Aceh yang terletak di permulaan Jalan China Town atau berhadapan dengan Hotel The Hills Bukittinggi
Harga untuk secawan Kopi Aceh ini cuma IDR4,000 sahaja (RM1.00) dan ia antara Kopi Asli di Indonesia yang memang sedap. Rasa kopi dia memang berbeza, di tambah dengan serbuk kopi yang masih ada di dalam kopi tersebut. Sangat Original.
Cuba sendiri Kopi Aceh dan anda akan rasa kesegaran kopi sebenar. Sudah pasti ia lain dari jenama kopi lain yang pernah MrJocko rasa. Nak best, Kopi Aceh ni diminum dengan satu sudu gula (kurang manis) dan juga tanpa susu.