Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kopi Sedap Di Chiang Mai Doppio Ristr8to

Pengalaman pertama melancong ke Chiang Mai, MrJocko diberitahu bahawa di sini, kopi ialah minuman yang semakin terkenal setelah banyak cafe atau kedai kopi pelbagai jenama dibuka disekitar bandar Chiang Mai.

Kembara FAM Trip Bangkok Chiang Mai 2014

Hotel Centara Grand Bangkok

Fitness Centre Centara Grand Bangkok

Antara kopi yang paling terkenal di Chiang Mai ialah Doppio Ristr8to yang terletak di Central Festival Mall. Coffee outlet ini terletak di tingkat 1 dan berhadapan dengan KFC outlet.

Doppio Cafe ni terkenal dalam kepakaran kopi panggang dan sudah punyai cawangan di Jepun, San Francisco dan juga Australia. Kalau anda nak tahu, Doppio adalah salah satu jenama yang pernah beberapa kali menang award dalam ‘Coffee Art’ di peringkat antarabangsa.

Kopi Sedap Di Chiang Mai Doppio ini memang mempunyai banyak menu yang anda boleh pilih dari coffee latte, cappucino, americano dan banyak lagi. Anda boleh customize minuman Kopi Sedap Doppio ini mengikut citarasa anda samada sejuk atau panas.

MrJocko sendiri baru mencuba menu Coffee Latte dan juga Cappuccino. Memang hidangan kat Doppio Cafe ini memang sangat menarik dengan art yang dibuat menggunakan buih kopi. Rasanya pulak semestinya memang sedap,,,

Kalau anda ke Chiang Mai, boleh singgah di Central Festival dan cuba menu kopi di Doppio Ristr8to ini. Memang sedap Kopi Doppio Di Chiang Mai.

 

Kopi Sedap Di Chiang Mai Doppio

 

Kopi Sedap Di Chiang Mai Doppio

Doppio Ristr8to

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.