Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Korang sibuk BERSIH ke?

Hari ni, 9 Julai 2011, satu Malaya dah kecoh pasal perhimpunan Bersih.Mula asal nak buat perarakan dari Masjid Kg Baru lalu Sogo, Masjid Jamek, kendian ke Dataran Merdeka, pastu mungkin ke Masjid Negara. Alih2 dengar kata dah nak buat kat Stadium Merdeka. Semua ni pasal campurtangan Kerajaan Malaysia dan juga DYMM Agong.Pada pendapat aku, ada baik dan buruknya jugak perhimpunan2 seperti Bersih ni.Yang baik.
1. Rakyat boleh suarakan betapa 'Ketidakpuasan' kepada Kerajaan tentang apa2 perkara. Bila tahap ramai yang nak join perhimpunan seperti ini, bermaksud, mereka juga mewakili rakyat2 lain menyuarakan adanya kepincangan dlm pengurusan Kerajaan.2. Bila berlaku demonstrasi atau himpunan seperti Bersih ini, mereka2 yang bergelar Wakil Rakyat atau Kerajaan sedikit sebanyak akan 'mengingatkan' mereka supaya berkerja dengan betul dan tidak termasuk dlm golongan Korup. Semestinya ada rahsia yg berlaku bila Stadium baru boleh runtuh, Jambatan yg baru di Melaka pun ada masalah, kes flyover MRR2 yang retak, isu kenaikkan harga yang berterusan, dan sebagainya.3. Ada sesetengah tuntutan yang dibuat, di dengari oleh pihak Kerajaan.Yang buruk.
1. Semestinya bila berkumpul ramai2 seperti himpunan Bersih ini, mesti ada golongan yang akan bertindak luar kawalan. Rosakkan harta awam dan kemungkinan kekecohan yang lagi dasyat.2. Kesan kekecohan (jika berlaku kekecohan semasa perhimpunan) akan mengambil kesan yang agak lama kepada pergerakkan ekonomi dan kestabilan negara. Semestinya jika aku sebagai pelabur asing tak mau melabur di negara yang Huru Hara…3. Ramai yang mengeluh pasal terperangkap dengan JEM sekitar KL sejak hari Selasa sehingga hari Bersih 2.0.Harapkan Bersih 2.0 tidak akan menjadi seteruk Reformasi. Semoga semua akan berakhir dengan aman.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.