Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Berapa Harga Kos Travel Budget Di Kuala Lumpur

Ramai pelancong yang suka travel di bandar-bandar di sekitar Asia mengaku bahawa Kuala Lumpur antara lokasi percutian dan pelancongan yang agak murah dan berbaloi untuk di kunjungi. Selain dari mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk mereka teroka, kos melancong di Kuala Lumpur agak murah dan berbaloi dengan bajet percutian mereka. Sebab itu, kos Travel Budget di Kuala Lumpur sememangnya murah dan berpatutan untuk anda cuba.

Sebagai contoh, kos travel budget di Kuala Lumpur untuk pakej biasa selama 3 hari 2 malam anda boleh pilih dari serendah RM350 seorang, termasuk pakej hotel, makan dan minum serta kos pengangkutan awam termasuk LRT, Monorel dan juga Komuter.

 

 

 

tempat_menarik_kuala_lumpur

 

 

Sebagai pilihan travel budget di Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan pakej penginapan yang murah di hotel bertaraf 2 – 3 bintang di sekitar Kuala Lumpur dan menggunakan pengangkutan awam. Banyak tempat menarik di Kuala Lumpur

Untuk pilihan hotel, ada banyak Motel dan Budget Hotel murah di Kuala Lumpur menawarkan pakej harga bilik serendah RM100 semalam. Nak jimat dan mudah, tempah sahaja bilik di Tune Hotel Kuala Lumpur. 

Untuk pilihan makanan, di Kuala Lumpur banyak lokasi gerai makanan menawarkan menu makanan tempatan dan juga antarabangsa dengan harga yang berpatutan. ‘Street Foods’ di sekitar Jalan Masjid India, Kampung Baru, Jalan TAR banyak menjual makanan yang sedap dan murah.

Nak travel ke lokasi tempat menarik di Kuala Lumpur tidak susah, anda boleh menaiki LRT, Monorel atau Komuter untuk ke sana. Anda boleh pilih untuk ke KLCC, Menara Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Dataran Merdeka, Muzium Negara, Tugu Negara dan banyak lagi.

Jadi, jika anda merancang untuk datang bercuti di Kuala Lumpur, jangan risau kerana banyak lokasi hotel dan tempat penginapan murah sekitar pusat bandar. Anda cuma perlu rajin membuat perbandingan dan pilih lokasi terbaik untuk destinasi anda. Kalau nak datang Kuala Lumpur, lokasi menginap di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kampung Baru, Bukit Bintang antara lokasi yang boleh anda pilih.

 

 

tempat_menarik_di_kuala_lumpur

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.