Berapa Kos Tukar Tayar Motorsikal Ducati Monster 795
|Berapa Kos Tukar Tayar Motorsikal Ducati Monster 795. Memasuki bulan Julai 2015, sudah lebih 3 bulan MrJocko berjinak-jinak dengan awek baru, Ducati Monster 795. Model Ducati ‘naked bike’ ini memang awesome dan ia menjadi satu pilihan ramai kaki motor untuk jenis motorsikal naked di Malaysia kerana ia antara model Ducati buatan Itali yang diciptakan khas buat orang Asia.
Bulan Julai juga bulan yang agak mencabar untuk motosikal Monster 795 ini sebab roadtax dan insurans motor ni kena diperbaharui. Itu satu hal, Hal yang paling penting, tayar belakang untuk Monster 795 ni kena tukar sebab dah botak. Bila lalu kawasan yang lembab dan berair, memang ada rasa ‘spin’ tidak mencengkam.
Baca : Harga Motosikal Ducati Monster 796
Kos Tukar Tayar Motosikal Ducati 795

Memandangkan, tempat untuk baiki motorsikal kuasa tinggi, tempat untuk servis motorsikal berkuasa tinggi dan juga tempat untuk tukar tayar paling bagus di Kuala Lumpur ialah di kedai Kangkang Workshop, KS Motorsport Sentul.
Bagi yang belum tahu lokasi kedai motosikal kuasa tinggi Kangkang Sentul, KS Motorsport Workshop ini, ia terletak betul betul di tepi jalan besar Sentul dan berhadapan dengan Hotel Dynasty Kuala Lumpur.
Kos Tukar Tayar Motosikal Ducati 795
Tayar lama motosikal Ducati Monster 795 MrJocko ini dulu menggunakan tayar Bridgestone saiz 160/60/R17. Tapi kali ini, MrJocko tukar kepada tayar Pirelli Diablo Rosso II saiz yang sama 160/60/R17. Kata ramai otai motor superbike, jenis tayar Pirelli Diablo Rosso ini antara jenis tayar yang baik untuk straight ride dan juga cornering.
Harga untuk tayar motosikal Pirelli Diablo Rosso II ini sekitar harga RM560 untuk satu unit tayar belakang termasuk kos labour. Kalau nak dikatakan murah tak jugak kerana ia antara harga standard untuk tayar jenis ini. Tapi, kalau anda jenis ride long distance setiap hari, ada baik ambil jenis tayar touring yang berharga sekitar RM480 sahaja.
Servis tukar tayar motosikal di kedai Kangkang KS Motorsport ini memang bagus dan cepat. Walaupun banyak motorsikal bersusun nak servis dan tukar tayar, tetapi mereka dapat siapkan tukar tayar superbike ni dalam masa 30 minit sahaja.
Untuk pengguna superbike, naked bike atau easy rider motorsikal berkuasa tinggi di sekitar Kuala Lumpur, kalau nak cari kedai motorsikal untuk motorsikal berkuasa tinggi anda, boleh ke kedai Kangkang KS Motorsport Sentul.
Dengar kata ada seorang lagi pomen motorsikal berkuasa tinggi bagus di Rawang, namanya Pomen Naim. InsyaAllah, kalau ada peluang boleh cuba hantar ke Pomen Naim Rawang pulak.
Dah pernah rasa bawa big bike. Mengeluh tukar tayar dengan harga mengalah sebiji harga tayar kereta. 🙂
Itu baru tayar..belum campur servis lagi tu. Hold dlu la kot plan aku nak pakai superbike. haha
InsyaAllah buleh tu Boss,,, sekali sekala reward diri sendiri 🙂
Salam bro Jocko, boleh share tak average kos servis 795 ni?