Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kos Tukar Tayar Skuter Yamaha Ego S Di Bengkel Motosikal

Mungkin sebab lama tak nak motosikal, kami tak perasan yang tayar belakang sudah merekah dan sudah hampir-hampir habis tempoh selepas hampir 2 tahun setengah. Masa nak naik minggu lepas, tengok angin tayar sudah kempis. Terpaksa tukar baru. Ini perkongsian Kos Tukar Tayar Skuter Yamaha Ego S Di Bengkel Motosikal.

Sebelum ni, bateri skuter yang kong, habis kuasa. Kali ini, tayar belakang pula. Mungkin sebulan dua lagi tayar depan akan menyusul sebab dulu kami tukar tayar depan dan tayar belakang dalam bulan yang sama.

Baca : Kos Tukar Bateri Motosikal Skuter Yamaha

tukar tayar skuter yahama ego s

 


Kos Tukar Tayar Skuter Yamaha Ego S Di Bengkel Motosikal

Tukar-Tayar-Skuter-Yamaha-Ego-S-04 copy
Tukar Tayar Skuter Yamaha Ego S

 

Kalau setakat tukar bateri, tukar cermin sisi, tukar lampu, kami masih boleh buat sendiri. Tetapi bila tiba masalah seperti tukar tayar motosikal ini, terpaksa kami bawah ke bengkel motosikal. Nak tukar tayar skuter seperti ini tidak semudah tukar bateri. Kami terpaksa beri kepada pakar.

Kos untuk tayar baru skuter sekitar RM80 dan lebih mahal jika anda menggunakan tayar yang lebih berkualiti seperti michelin, silverstone dan lain-lain.

Kami memilih tayar jenama Veloce yang diperbuat dari Vietnam untuk kegunaan biasa. Harga tayar ialah RM90 termasuk kos pemasangan.

Untuk info, kebanyakan motosikal jenis skuter biasa akan menggunakan rim 14. Tayar Tubeless yang biasa digunakan ialah saiz 90/90-14. Pastikan tayar tubeless yang anda beli mempunyai sijil kelulusan SIRIM untuk keselamatan penunggang.
 

Tukar-Tayar-Skuter-Yamaha-Ego-S-02

Tukar-Tayar-Skuter-Yamaha-Ego-S-01

Tukar-Tayar-Skuter-Yamaha-Ego-S-03
Tayar Skuter Yamaha Ego S

 

Kos Tukar Tayar Skuter Yamaha Ego S

1. Kerosakan di sebelah luar kedua-dua sisi tayar. Biasanya ia berpunca daripada tayar yang tidak cukup tekanan angin.

2. Kerosakan di bahagian tengah. Kerosakan ini berpunca daripada tekanan angin yang lebih dalam tayar kenderaan anda.

3. Kerosakan di sebelah bahagian luar bunga tayar sahaja. Kerosakan berpunca daripada alignment yang tidak betul.

4. Kerosakan secara rawak. Selalunya ianya berpunca daripada masalah balancing.

5. Kerosakan cupping wear. Dalam bahasa Inggeris ialah diagonal scalloping wear yang mana menunjukan kenderaan anda mempunyai masalah suspension.

6. Kerosakan di sebelah sisi tayar. Kerosakan ini selalunya berlaku apabila anda terlanggar sesuatu yang tajam

7. Tayar koyak atau meletup. Lazimnya, risiko tayar tiba-tiba terkoyak atau meletup berpunca daripada tayar yang sudah expired.

Nak beli tayar Veloce, boleh cari di Shopee Online

Oleh itu, sebelum menunggang motosikal anda, pastikan anda check dulu keadaan motosikal anda seperti tayar, brek, lampu dan beberapa checklist lain dalam keadaan yang baik. Sentiasa berhati-hati untuk keselamatan anda.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.