Saya Berjaya Kota Bharu Branch Annual Award Nite 2013
|
Alhamdulillah, pada hari Isnin, 18 Mac 2013 bertempat di Renaissance Hotel Kota Bharu, berlangsung majlis Branch Annual Awards Nite 2013 Public Mutual Kota Bharu. MrJocko dijemput sama untuk menghadiri majlis tahunan ini selepas setahun bertungkus lumus bekerja di bawah jenama Public Mutual.
Setelah hampir 6 bulan MrJocko buka agensi di Public Mutual Cawangan Kota Bharu, Alhamdulillah, kami berjaya kumpulkan seramai 4 rakan kongsi di Kota Bharu. Harap selepas ini akan terus berkembang dan akan menjadi salah satu agensi terbaik di Public Mutual Cawangan Kota Bharu.
Malam Branch Annual Awards Nite 2013 menjadi bermakna buat MrJocko kerana dapat berkongsi dengan seorang partner Agensi kami. Makan malam memang hebat, dan ia akan menjadi pembakar semangat MrJocko untuk terus berkembang di Kota Bharu.
Baca : Agensi Di Public Mutual Kota Bharu
Kota Bharu Branch Annual Award Nite 2013
Malam tersebut juga memberi semangat yang baru kerana pengalaman pertama menaiki pentas untuk menerima penghargaan dari pihak Public Mutual Kota Bharu sebagai salah seorang Million Ringgit Producers.
Doakan kejayaan agensi kami di Kota Bharu, Shah Alam, Bangsar, Melaka dan juga Ipoh. Untuk mereka yang berminat menyertai kami, kami alu-alukan dengan hati yang terbuka. We Should Talk!!!