Hebat,,, 25 tahun kerja TAK AMBIK cuti sakit
|“KOTA BHARU – Seorang kakitangan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) yang beribu pejabat di sini dikatakan tidak pernah mengambil cuti sakit sejak 25 tahun berkhidmat.
Mohd. Fakri Mohamad Noor, 48, yang kini menjawat jawatan Ketua Komunikasi Korporat LKTN berkata, biarpun sakit, beliau seboleh-bolehnya tidak mahu mengambil cuti sakit biarpun ditawarkan oleh doktor.
“Ramai kakitangan kerajaan atau swasta yang terlalu memburu cuti sakit bahkan dalam setahun banyak yang mengambil cuti sakit sehingga menyebabkan mereka dipandang negatif oleh rakan sekerja.
“Mungkin sebab itu saya seboleh-bolehnya tidak mahu tergolong seperti ini.
Hakikatnya saya manusia biasa yang tidak dapat lari dari sakit dan caranya ialah saya mengambil cuti kecemasan biarpun ditawarkan cuti sakit oleh doktor,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Kakitangan LKTN 2011 di sini hari ini.”
Hebat la brader ni.
25 tahun kerja tak pernah ambik cuti. Aku pernah try setahun tak ambik MC. Kerja dengan seboleh mungkin, hasilnya hujung tahun, Performance Appraisal aku kena cantas lagi teruk,,, akhirnya aku decide, kalau dah sakit, doktor bagi MC, ambik jer la,,,
ni mesti kes takot msuk spital ni..sanggup abeh kan cuti rehat gnti cuti sakit..hehehe