Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kotak Iftar Ramadhan Dalam Penerbangan Emirates

Emirates Airline kini membawa kembali perkhidmatan Iftar Ramadhan untuk penumpang mereka semasa perjalanan bulan suci Ramadan. Kotak Iftar Ramadhan Emirates yang mengandungi menu berbuka puasa Emirates ini telah direka semula dan boleh didapati di semua kelas kabin dalam penerbangan Emirates termasuk mereka dari rantau Teluk dan perjalanan kumpulan Umrah ke Jeddah dan Madinah.

Kotak Iftar Ramadhan ini akan dibekalkan dengan menu makanan yang sedap, berkualiti dan semestinya menu makanan yang berkhasiat dan seimbang. Kotak iftar ini menampilkan wajah baru dengan reka bentuk Arabesque yang bersih dan moden yang diilhamkan oleh rantau ini.

Kotak Iftar Ramadhan Emirates

iftar emirates

 

Yang ada dalam Kotak Iftar Ramadhan tahun ini ialah menu baru yang direka oleh chef Emirates yang menampilkan menu rasa Timur Tengah, manakala selebihnya ialah menu antrabangsa. Untuk kai ini Kotak Iftar mempunyai menu pilihan seperti ayam za’atar dengan hummus, bayam fatayer, keju halloumi dan sandwic timun, gula-gula tradisional seperti mammoul tarikh dan juga yogurt.

Perkhidmatan kotak iftar dalam bulan Ramadhan ini adalah antara aktiviti utama di  penerbangan Emirates sejak lebih 20 tahun yang lepas. Ia adalah komitmen berterusan kepada penumpang supaya ia memberikan keselesaan dan kemudahan kepada semua penumpang semasa terbang di bulan Ramadhan.
 

iftar emirates iftar emirates

Kotak snek juga akan disediakan di boarding room untuk membolehkan pelanggan berbuka puasa sebelum menaiki kapal terbang dan selepas mendarat. Kotak snek akan menampilkan menu pastri seperti keju fatayer dan gula-gula seperti baklava. Pada laluan tertentu, kotak-kotak iftar akan diedarkan  kepada pelanggan sebelum masuk waktu  Imsak untuk bersahur.

Kedua-dua variasi kotak akan mempunyai sekotak buah kurma, sebagai tanda simbolik Ramadhan. Dalam bulan Ramadhan ini, makanan sejuk akan dihidangkan sebagai ganti salah satu menu panas pada semua penerbangan ke Jeddah dan Madinah, termasuk penerbangan Umrah.

Emirates menggunakan alat yang unik untuk mengira pengaturan masa yang betul untuk Imsak (masa untuk mula berpuasa) dan Iftar semasa dalam penerbangan. Ia mengira penentuan masa di bulan Ramadhan dengan tepat menggunakan pesawat longitud, latitud dan altitud untuk memastikan ketepatan masa berbuka dan Imsak semasa di atas kapal. Apabila matahari terbenam, penumpang akan dimaklumkan masa Iftar oleh kapten kapal sendiri. Alat ini telah digunapakai dalam buku Emirates pada setiap tahun dan boleh didapati dalam setiap penerbangan.

Selain itu, sistem hiburan dalam pesawat Emirates yang telah memenangi beberapa anugerah akan menampilkan filem popular seperti Zinzana dan Omar wa Salwa sebagai tambahan kepada 49 filem Bahasa Arab, 19 saluran pengaturcaraan Arabic TV dan 94 saluran audio Bahasa Arab, termasuk saluran Al-Quran.

MrJocko sendiri tidak pernah terbang semasa tiba bulan Ramadhan. Semoga satu hari nanti, berpeluang untuk terbang dengan Emirates dan merasai nikmat berbuka puasa di dalam pesawat Emirates.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.